Orang Berjaya, Daya Konsisten Tinggi

Kita takkan dapat menulis #content di mana-mana platform pun sekiranya kita:

1. Tidak membaca.

2. Tidak kuasai topik yang kita dah pilih.

3. Tak berbual, tak bertanya, tak bersembang tentang topik tersebut. Rasa diri betul sepanjang masa.

4. Tak travel, terkongkong dan sentiasa nampak satu sisi sahaja.

5. Banyak beri alasan tidak boleh itu tidak boleh ini.

*****

Kebanyakan orang yang berjaya mendapatkan lebih 50,000 follower mempunyai daya konsisten yang tinggi. Mereka ini membaca sekurang-kurangnya 2 buku sebulan, travel beberapa kali setahun, menguasai ilmu yang mereka pilih itu dengan sangat baik hingga masih pergi ke kelas-kelas untuk upgrade lagi.

Nak berjaya, maka usaha.

Korban diri untuk pilih waktu membaca dari menonton tv.

Usaha belajar lagi dan lagi. Semua itu untuk kredibiliti, penguasaan ilmu dan juga membina keyakinan audien kepada kita.

Nak, buat.

Begitulah.

(Visited 627 times, 1 visits today)