Orang Dah Pernah Lalui, Akan Bersedia

Semalam lama saya dapat bercakap dengan kawan yang tinggal di Tumpat, Kelantan. Saya tanya dia bagaimana dengan PKP, terjejas tak?

Beliau kata tak sangat. Ini kerana:

1. Kebanyakan rakyat Kelantan yang setiap tahun berhadapan dengan banjir akan simpan makanan atau buat makanan tahan lama seperti lempuk, kerepek dan sebagainya.

2. Buat simpanan wang walau sedikit. Kawan saya ini antara yang berniaga di tepi jalan. Beliau kata memang wajib simpan sekitar RM5-10 setiap hari dan tak pernah guna selain dari hal kecemasan.

3. Rajin belajar tengok tarikh expired produk. Kalau produk itu boleh tahan lama contoh macam sardin, susu pekat manis dan sebagainya, beli tambah 1 setiap kali beli. Tak apa bertimbun nanti boleh guna masa banjir untuk sedekah kepada orang lain (mind set ini power ya Allah!).

4. Waktu banjir biasanya anak akan mudah selsema, batuk dan demam. Jadi memang kena stanby ubat. Namun elok tanya farmasi atau doktor jangan beli sebarangan.

5. Beliau berjiran dengan ibu bapanya. Kata beliau setiap kali banjir, memang semua akan pindah terus ke kawasan yang terdekat. Boleh jadi seminggu, 2 minggu duduk di sekolah atau mana-mana yang disuruh. Dah terbiasa setiap tahun begitu jadi arahan PKP dapat duduk rumah ini adalah okey dan tak ada apa masalah bagi semua ahli keluarganya.

6. Setiap tahun memang kena bersedia beli barang awal bukan sahaja tentang makanan. Contohnya kena prepare lampu suluh, lilin, tali dan pelampung. Banjir tak boleh jangka. Semua kena bersedia.

7. Sama juga dengan kepentingan tahu nombor anggota keselamatan yang terdekat. Bomba, Polis, Ambulan. Mereka siap tampal nombor tersebut di pintu rumah masing-masing.

8. Saling kenal jiran. Kenal sekampung. Rajin pergi surau dan pergi kenduri. Ini semua membantu masa banjir dan apa sahaja yang berlaku. Waktu PKP ini siap ada yang tanya ada cukup beras ke tak.

9. Waktu banjir memang terjejas teruk perniagaan. Tapi pasti boleh bangkit balik apabila semua selesai sebab duit simpanan ada. Memang ya PKP ini boleh buat semua orang tak ada duit, tapi beliau kata positif sahaja, takkan Allah buat satu-satu perkara tak ada hikmahnya.

10. Last sekali dia cakap, “takkan miskin kalau kita rajin sedekah.” Jadi dia pesan kepada saya, walau sekarang duit kita sedikit, berilah juga. Yang itu akan buat Allah sayang dekat kita. Walau dalam keadaan diuji masih nak bantu orang, itu memang perbuatan sangat baik. Kalau Allah dah sayang, hati jadi tenang, insya-Allah rezeki akan murah.

******
Kawan-kawan,
Kalau kalian perasan, kawan kita yang pernah berhadapan dengan situasi begini agak tenang berbanding mereka yang tak pernah langsung.

Orang dah pernah lalui, akan bersedia.
Saya suka poin simpan makanan dan juga buat simpanan wang. Benar, gaji kita kecil bagaimana kita nak menyimpan.
Namun, kalau kita berusaha, letak sahaja RM2, RM5, sorokkan dan jangan guna langsung boleh jadi itu akan memberi kita sedikit peluang untuk teruskan hidup semasa musim Covid-19 ini.

Tak apa, benda dah jadi. Sekarang kita semua belajar. Jika dulu kita semua mahu enjoy setiap kali gaji dengan menghiburkan diri ke restoran mahal atau menonton wayang dan sebagainya.

Bayangkan kita hanya diminta duduk di rumah, kereta tak jalan, motor tak bergerak dan kita tak ada duit nak teruskan hidup. Sedangkan kita hanya duduk sahaja di rumah, itukan pelik. Kita bukan berperang, kita juga tidak dilanggar oleh bencana tanah runtuh dan sebagainya hingga hilang rumah, hilang tempat berlindung, kita hanya ada di rumah sahaja kawan-kawan dan kita tak boleh survive. Ya Rabb.

Baik, tak boleh salahkan sesiapa, kita belajar betul-betul kali ini. Boleh jadi akan datang, kita berjimat dan sentiasa berfikir apa sahaja kemungkinan boleh terjadi.

Dan bayangkan untuk kali itu kita sudah bersedia dari segi mental dan juga kewangan. Emosi kita terjaga dan kita sentiasa ada peluang untuk bantu orang lain pula.

Begitulah kawan-kawan, kita belajar!

Khairul Hakimin Muhammad,
Terus #StayAtHome dan sama-sama belajar ya.
(Visited 59 times, 1 visits today)