Berilmu, ujian.
Berharta, ujian,
Berjawatan, ujian.
Berkeluarga, ujian.
Berada, ujian.
Semua benda yang Allah beri sama ada senang atau susah, semua ada ujiaannya yang tersendiri. Ada yang diuji kesukaran, ada juga ujian kesenangan.
Rasa pandai juga ujian,
Rasa besar juga ujian.
Rasa beriman, baik, sering solat jemaah, sering pergi masjid, surau, juga ujian.
Kawan-kawan, ingat perkara ini, kita sering lalui dan selalu hadap benda-benda hebat begini.
Orang rajin ke surau, perli orang tak pergi surau. Orang bijak berniaga, bantai orang kerja makan gaji. Orang hebat belajar, sindir orang yang tak masuk universiti. Orang dah ada anak dua tiga, cakap orang belum nikah belum ada zuriat.
Orang dah berjaya, ada kekayaan harta, pandang rendah kepada orang yang sedang berusaha.
Sungguh, semua itu ujian belaka. Boleh jadi yang diuji itu sedar atau tak. Jika sedar, syukur. Jika tak, dan mati dalam keadaan tak perasan, tak ditegur hatinya, maka hidup dia tetap sia-sia.
Sungguhlah;
“Orang jadi jahat apabila dia rasa diri dia mulia.”
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita belajar.
(Visited 251 times, 1 visits today)