“Adik, dekat lorong coklat tu ada perempuan mencangkung duk makan roti.”
“Ha???” Beliau meluru tinggalkan kaunter dan menangkap wanita tersebut. Menjeritlah beliau melolong kata “janganlah tangkap janganlah tangkap! Aku lapar sangat!”
Adik kaunter duk lepuk-lepuk mukanya, datang lain pekerja lain. Menambah pukul dan ada yang siap bawa tali rapia terus ikat tangannya. Menjeritlah lagi wanita tadi.
Saya duk cakap “jangan pukul jangan pukul jangan pukul, kesian!”
Lalu adik kaunter jawab,
“Cakap senanglah bang! Dah berapa kali barang shot kami kena tolak gaji! Memang taklah kami nak simpati simpati, pencuri ni!”
Saya duk menyesal. Dalam tak sampai 10 minit Polis sampai. Polis pun cakap tegas, tanya kenapa mencuri. Polis tanya siapa nampak? Saya angkat tangan macam cikgu tanya soalan kat depan.
Saya cakap ke tuan polis kalau boleh kita bantulah, dia kalau nak curi kenapalah pergi makan dalam kedai juga. Macam pelik. Lalu semua macam setuju. Fuh terasa seperti hero Hindustan.
Polis suruh wanita itu panggil keluarganya. Dia cakap rumah dia tak jauh. Tanya nombor phone, dia ingat dan pihak stesen minyak telefonkan.
Lalu datang sebuah kereta Kancil. Ada 3 orang yang keluar dari situ dan berlari kecil masuk ke dalam kedai.
Berpeluklah mereka. Udah jadi sedih pula.
Mereka bayar roti yang dimakan. Semasa si emaknya sampai, wanita tersebut terus jadi budak kecil. Manja dan meleset dalam pelukan. Tangan masih berikat tali, menangislah dia beriya-iya.
Ibunya explain anaknya sekian-sekian, rupanya wanita itu tak sesihat kita semua. Lalu Polis pun nasihat supaya kena jaga begitu begini.
Saya pun minta maaf juga duk report supaya dia ditangkap, namun si ibu pula duk hulur tangan mengucap terima kasih banyak. Katanya ini kali ke berapa entah anaknya itu hilang dari rumah. Ini kerana terlalu rindukan bapanya yang baru meninggal dunia beberapa bulan lepas.
Bertambahlah sedih kami semua. Si anak ini memang sentiasa dengan arwah ayahnya. Manja dan kerap kemana-mana bersama. Haih. Dan setiap kali ditangkap lepas hilang, wanita itu akan cakap dia keluar dari rumah sebab cari ayahnya. Uhuhu sebak time ini.
Syukurlah wanita itu tak cedera bagai. Kadang-kadang kita ini kena didik diri supaya jadi manusia setiap masa.
Boleh jadi sebab menda kita marah, kita akan jadi binatang. Memukul hingga rosak lalu membunuh banyaknya jiwa kerana kita kerap tak tahu apa-apa.
Kita tak suka siasat. Kita lebih minat kepada solusi yang mudah dan senang. Iaitu beri pengajaran yang menyakitkan, baru hantar untuk dihukum.
Kawan-kawan yang baik,
Ada banyak benda dalam dunia ini, walau kecil bagai, kena diambil waktu siasat. Tak kira sekejap atau lama, kena buat.
Boleh jadi ia bawa kita kepada penyesalan yang panjang jika perkara itu salah dan silap.
Ingat, hal jenayah, bawalah ke meja undang-undang. Jangan buat keputusan sendiri, jika jadi apa-apa, kita juga yang menanggung akibatnya.
Begitulah. Saya belajar sesuatu apabila kena kepada diri sendiri.
Ujian orang lain jauh lebih besar.