Pai Jagung Manis

Abang selalu penat akhir-akhir ini, jadi jika nak masak memang kena agak selektif. Dan jika kau nak tahu sejak ada doh segera dari The Gourmet Whisk, rajinlah sikit nak buat pai.

Malam ini mari kita siapkan pai jagung manis. Sedap woih. Nak buat pun senangnya Ya Tuhan.

Pai Jagung Manis.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 1 tin jagung krim manis.

~ 2 biji telur.

~ 1/2 cawan susu segar.

~ 5 sudu besar tepung kastard.

~ 1/2 cawan gula perang.

~ 1 sudu butter.

~ 1/2 doh Sweet Tart dari The Gourmet Whisk.

 

Cara-cara kau tengok di gambar ya.

 

Gunakan besen ungu, masukkan gula perang dan telur. Kau pukul guna whisk sampai berkrim.

 

Kemudian tuang semua jagung manis dalam tin itu ke dalam besen ungu kesayangan orang rumah abang.

 

Pukul sampai sebati.

 

Kemudian bubuh tepung kastard dalam mangkuk lain. Taklah kau guna mangkuk jiran sebelah kau. Guna yang sendiri.

 

Buh susu segar suhu bilik atau sejuk pun boleh. Panas tak boleh nanti berketul.

 

Kacau rata guna sudu merah. Eloklah berjumpa kuning tu.

 

Buh dalam besen tadi.

 

Kacau rata.

 

Ha inilah dohnya. Kalau kau nak order kau PM Puan Mazmin Shariff.

 

Kau canaikan dan letak dalam loyang pai.

 

Ambil garfu dan tekankan di sebelah tepinya.

 

Ha tengok jadi berjalur tepinya itu. Bahagian dasarnya kau cucuk juga. Kau bakar sekejap dalam 10 minit dengan suhu 180 darjah. Oh ya panaskan dulu oven selama 20 minit ya.

 

Kau tuang adunan tadi dalam periuk dan panaskan. Kau kena kacau sampai dia memekat.

 

Bila dah nak memekat kau tutup api dan teruskan kacau

 

Ha macam itu

 

Masukkan 1 sudu besar butter. Kacau lagi.

 

Lawa tak?

 

Keluarkan pastry yang dah dibakar sekejap tadi.

 

Tuang semua jagung kastard tadi dan ratakan. Bakar lagi dalam 15 minit dengan suhu 180.

 

Dah siap kau keluarkanlah. Power tak?

 

Kahkah anak abang nak paipkan caramel. Layan. Sejukkan dalam 30 minit.

 

Dan hidanglah ke keluarga kau. Makan sepotong sahaja. Kahkah.

 

Tadaaa, selamat mencuba!

 

Khairul Hakimin Muhammad.

(Visited 673 times, 1 visits today)