Paling Penting Dalam Berniaga Adalah Setia-Kawan

Sekadar nak cerita sahaja gais, sama-sama ambil pengajaran. Itu hari, saya buka peluang untuk sesiapa nak berniaga dalam team Affiliate saya.
 
Adiknya PM harga tolak RM45/pek. Komisen kepada kami RM5.
Kakaknya PM harga tolak RM25/pek. Komisen kepada kami RM25.
 
Saya tanya adik kenapa kecil benar komisen sedangkan boleh dapat lagi murah, jawabnya dah tak boleh, kosnya tinggi. Sekali saya beri printscreen kakaknya. Terus diam dan saya nasihatkan terus. Sampai sekarang tak balas.
 
Gais, bukan kali pertama ini berlaku. Mentang-mentang kami ini ramai follower, kalian pun ketuk habis-habisan. Berniaga ini yang pentingnya ialah setia-kawan.
 
Duit boleh cari dan boleh lebih lagi usahaniaga yang kita boleh capai. Ini baru permulaan dah mula begini, nanti-nanti tak tahulah.
 
Kita takkan kaya dengan menindas orang gais. Sungguhlah, balik-balik saya berniaga dengan kawan baik dan keluarga sahaja. Orang-orang baru ini sering menakutkan. Huhuhu. Insaf betul.
 
Bab bakeri, makanan, saya tahu harga dan kosnya. Janganlah main-main dan nak kaya cepat. Nikmati proses berkawan itu kawan-kawan. Kalau kalian nak tahu, saya ada ramai kawan-kawan yang kami berkongsi margin kecil, namun kami enjoy dengan hasil masing-masing.
 
Apabila kaya, kaya sama-sama.
Apabila berjaya, berjaya sama-sama.
 
Itulah berniaga. Ingat kawan-kawan, margin itu termasuk dalam hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah. Jujur di situ, cantik semuanya.
 
Begitulah.
 
Khairul Hakimin Muhammad,
Jalan terus.
(Visited 935 times, 1 visits today)