Pelajaran besar dari Covid-19:
1. Yang tak nampak tak semestinya tak merbahaya.
2. Rumah sendiri adalah tempat paling selamat.
3. Pekerjaan yang hebat, gaji besar, berjawatan tetap tak menjamin apa-apa.
4. Perniagaan yang memberi keuntungan besar setiap tahun tetap tak akan bertahan.
5. Proses mencari ubat mengambil masa lama.
6. Pentingnya belajar tentang kebersihan.
7. Wajib ada wang simpanan.
8. Sentiasa dikelilingi oleh orang baik yang boleh membantu.
9. Keluarga adalah segalanya.
10. Baru faham betapa sukarnya berada di lapangan perubatan dan kesihatan.
11. Allah buktikan kekuasaanNya melalui wabak ini. Sesiapa sahaja boleh terkena walau dia sihat walau dia hebat.
12. Apa sahaja teknologi hebat, robot paling berkuasa, media sosial paling power, ciptaan tercanggih, politician paling disukai tetap masih belum boleh berupaya menjadi ubat atau mendapatkan solusi perubatan.
13. Kita merindui masjid, surau sedangkan kita sendiri jarang ke sana. Ramadan dan Aidilfitri adalah kerinduan yang sukarnya nak dibendung.
14. Azan adalah pengubat kerinduan itu.
15. Ada ibu bapa namun tak dapat berjumpa adalah balasan kepada kesibukan semasa berpeluang untuk berjumpa namun tidak berjumpa.
16. Ramainya bermula menghulur bantuan dan tak peduli kesusahan sendiri.
17. Ramai juga berkongsi berbagai hal secara percuma sedangkan sebelum ini semuanya ada harganya.
18. Mengenal jiran serta banyaknya peluang berbaik sesama kawasan.
19. Kemahiran dalam rumah semakin baik juga berbagai hal yang selama ini dibuat di kedai, akhirnya boleh sahaja dilakukan di rumah sendiri contohnya menggunting rambut.
20. Langit biru kembali ada di atas kita semua.
Begitulah. Ini yang saya belajar. Harap kalian boleh tambah di ruangan komen.
Khairul Hakimin Muhammad,
Alhamdulillah. Pasti akan ada sinar!