Peluang Ada Di Mana-Mana

Perancangan mengembara ke 35 negara tahun ini berkecai begitu sahaja. Namun ia taklah menghancurkan hati. Duduk sahaja di rumah, bina team, buat duit dan terbang tinggi.

Peluang ada di mana-mana. Laptop ada, telefon ada, wifi ada. Selesai. Tinggal nak buat atau tak sahaja.

Orang lain tidur, kita belajar dari cikgu di Eropah sana.
Orang lain tengok tv, kita susun sistem.
Orang lain main FB kutuk sana kritik sini, kita bangunkan pasukan menjual paling agung.
Orang lain main game, kita study market apa yang boleh dijual.

Lalu kita habiskan masa di rumah dengan menjana kemahiran baru.

Kawan-kawan, semua atas kita. Nak duit masuk semasa tidur, inilah masanya. Belajar, selami, teliti. Kalian akan jumpa kunci dan pintunya.

Tinggal nak buka kemudian lalui setiap lorong itu dengan hemah dan sahsiah. Baik yang kalian jumpa, ambil. Yang tak baik, sisih cepat-cepat. Dah dapat hasil nanti, walau kecil, bantu yang paling dekat dahulu. Kemudian tengoklah bagaimana Allah memberi hadiah kepada kalian sebesar-besarnya.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Kenangan di Iceland di lokasi pengambara video klip Gerua dari filem Dilwale.

(Visited 8 times, 1 visits today)