Perkara ini sangat penting kita letak dalam kepala kita. Jadikan sebagai mind set utama:
1. Kesihatan mental kita lebih penting dari kerjaya kita. Jika persekitaran kerja negatif, rakan kerja negatif dan kita terbelenggu dengan berbagai hal menyesakkan dada, maka kena cari jalan lain untuk mencari rezeki.
2. 99% masalah yang kita letak dalam kepala adalah begaimana kita respon masalah tersebut. Jika kita sampai sakit kepala, murung, sedih, benci, maka ia adalah dari kita sendiri.
Jika kita hadap masalah tersebut dengan mengingati Allah, tahu ia sementara dan akan selesai walau sedikit lambat, maka kita akan rasional dan tenang mencari solusi.
Ubah cara kita respon.
3. Menyayangi kembali orang yang menyayangi kita adalah respon terbaik untuk kekalkan rasional, kebersihan jiwa dan ketenangan hati.
4. Sekiranya kita rasa kita kehilangan kawan, keluarga dan kita rasa kita bersendirian, cuba alihkan diri dari berfikir perkara tersebut. Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam kehilangan ibunya, ibu susuannya, isterinya dan anak-anaknya. Kesediha itu alami, namun kehidupan tetap perlu diteruskan dengan berbuat baik.
5. Berhenti melihat kemaskini media sosial seseorang tentang kecantikan, kemewahan dan keunggulan hidupnya. Cari orang yang boleh berkongsi kisah, tips, petua, teknik dan cara untuk kita lebih berjaya dari hari ini.
6. Menzahirkan rasa syukur kepada Allah. Tak boleh tinggal solat 5 waktu, sering puasa sunat, berzikir dan banyak berdoa memohon keampunan Allah. Zahirkan dengan bersedekah, berbuat baik kepada ibu bapa, keluarga, team, rakan, seluruh masyarakat.
7. Menjaga kebersihan hati. Jika ada buat salah, istighfar, marah, istighfar, benci, istighfar. Apa sahaja yang boleh membuat hati kita terluka dan ada bintik hitam, lekas-lekas bersihkan. Jika kita biarkan, bayangkan dalam sejam ia sudah menguasai dan diri kita akan terikut-ikut penat, jadi lemah dan kita akan mula menjadi seorang negatif.
Hati-hati bab ini.
Kawan-kawan,
Kena jaga diri. Kita sahaja yang boleh kawal diri kita. Akan ada rezeki lain jika di tempat sekarang penuh benci. Akan ada punca lain, akan ada belaka.
Kita hanya berusaha nak jadi baik, selebihnya jika ada ujian, hadaplah dan responlah dengan hemah dan sahsiah.
Allah sayang orang berusaha dan tawakkal.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kita cuba sama-sama.
(Visited 266 times, 1 visits today)