Pembentukan Crowd

Untuk orang biasa seperti kita, kita akan cakap “ala dia artis, dia mestilah boleh buat. Orang dah kenal dia.” Kan kan?
Jujurnya ada ramai orang biasa yang boleh bina crowd seperti ini untuk membuat jualan atau nak bina kredibiliti di media sosial.

Crowd terbentuk dalam beberapa cara:

1. Bercerita sesuatu di media sosial secara konsisten melalui content.
2. Content itu adalah perkara yang ada kaitan dengan kehidupan kita semua.
3. Ia penulisan jujur yang menyebabkan orang lain ada perasaan untuk klik butang follow.
4. Perkara yang orang suka ialah:
– Makanan (tulis tips dan resipi).
– diet (teknik, resipi dan tips)
– DIY (siap video step by step).
– dunia parenting (tips dan story).
– kemanusiaan / kemasyarakatan (story).
– sukan
– drama / filem / hiburan
– keagaaman
– pemotoran dan banyak lagi

Semua ini jika ditulis dalam bentuk content (ada fakta, ada emosi, ditulis dengan ejaan yang betul serta memberi impak positif kepada yang membaca) maka kalian akan dapat #share dari posting tersebut.

Dari situ, jika butang #follow sudah dibuka, maka orang akan mula follow kalian. Dan bermulalah crowd itu berkumpul dari wall kalian.

Dan, nak menjual pada waktu itu, jadi mudah!

Kalian boleh cuba okey. Saya sendiri juga bukan artis, bukan selebriti namun saya berjaya lakukannya!

Mari kita buat sama-sama.

(Visited 456 times, 1 visits today)