Percaya Kepada Diri Sendiri

Percaya kepada diri sendiri gais. Itu mustahak sangat.
 
Kita solat 5 waktu, tak solat kita berdosa kepada diri sendiri, kita zalim kepada diri sendiri, kita kejam kepada diri sendiri.
 
Kita kena bertanggungjawab kepada keluarga 24-7, namun kita tak peduli apa yang berlaku di rumah, tak kisah isteri penat sana letih sini, kita tak kisah keperluan dia, maka kita kejam, kita zalim kepada diri sendiri.
 
Banyak lagi gais, termasuklah di tempat kerja. Jika kita buat kepada orang lain, maka kita sedang kejam kepada diri sendiri.
 
Kita berhutang kebaikan kepada diri sendiri,
Kita berhutang disiplin kepada diri sendiri,
Kita berhutang fokus kepada diri sendiri.
 
Apabila kita tak peduli tentang ibadah, kita yang campakkan diri ke dalam neraka. Apabila kita tak peduli tentang keluarga, kita yang bawa diri sendiri kepada pertengkaran, susah rezeki nak masuk dan sebagainya. Semua kita gais.
 
Kita yang kena beribadah, kita yang kena konsisten berusaha, kita yang kena bertanggungjawab! Semua kita!
 

Nak hasil, nak hebat, nak berjaya, nak kaya, nak ada pasangan dan keluarga yang saling mengasihi, kita dulu kena sayangi diri!

Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Bermula hari ini gais! Bismillah. ❤️
(Visited 436 times, 1 visits today)