Percaya Kepada Lebih Banyak Kehidupan

Saya dapat kisah ini dari kelas online socmed. Guru kami dari Amsterdam bercerita hal ini.

Suatu hari ada seorang lelaki miskin berdiri kesejukan di luar rumah seorang hartawan. Semasa hartawan itu pulang ke rumah dan terserempak dengan orang tersebut.
Beliau menegur sapa kepada si miskin “kamu kesejukan di luar, kasut tiada, baju tebal pun tiada. Hebatnya kamu!

Si miskin jawab “saya dah terbiasa begini. Saya kena lalui untuk 1 lagi hari, hari esok.”
Kemudian hartawan itu menjawab “kamu tunggu di sini, saya dapatkan baju sejuk dan kasut untuk kamu.” Beliau terus masuk ke dalam rumah dan berjumpa anak-anak dan ahli keluarganya, dijemput makan malam dan terus terlupa dengan si miskin yang menanti di luar.
Keesokan harinya, kecoh di luar ada polis bagai. Lalu si hartawan keluar dari rumah dan melihat si miskin sudah mati kesejukan.

Beliau terus terduduk dan menangis. Beliau menceritakan hal itu kepada polis, lalu polis itu beritahu,

“Aku sudah bertahun jumpa orang yang sangat kuat pendirian untuk hidup. Kepercayaan mereka buat mereka sangat hebat untuk meneruskan kehidupan.

Dalam kes ini, si miskin jadi lemah kerana janji yang diberikan kepadanya. Awalnya dia letakkan dalam kepala yang dia boleh hidup dalam apa pun cabaran, namun setelah mendapat “pertolongan” dari mulut kamu, maka dia terus hilang percaya dia itu seorang yang kuat. Kamu telah hancurkan kepercayaan dia dan dia menanti baju sejuk untuk dia teruskan hidup.

Dia tak dapat, maka dia kecewa dan dia mati di sini.”

Kawan-kawan,

Sama juga seperti kita. Jika kita nak buat sesuatu, pastikan kita memberi percaya kepada lebih banyak kehidupan. Bukannya membawa kepada kematian satu-satu hal.

Jika berjanji, tepati.
Jika memberi harapan, usahakan.
Tidak boleh sesekali meninggalkan sesuatu hal selepas kita sudah pun mencurah keyakinan kepada orang lain.
Kata cikgu saya, sebagai seorang usahawan dalam apa juga hal, kita hanya boleh cakap, boleh janji, boleh nak memberi apa yang ada di tangan sahaja.

Yang belum,
Yang baru nak buat,
Yang baru ada dalam kepala,
Jangan sesekali berjanji. Ia akan buat team atau seluruh organisasi kecewa jika ia tidak berlaku. Boleh jadi, hancur luluh hati mereka nak percaya apa tujuan dan hala tuju kita semua nanti.

Percaya ini bukan hal kecil, sekali hilang, mati semua.

Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Pesanan buat diri sendiri ini sebenarnya.
(Visited 626 times, 1 visits today)