Di Facebook, ada 2 perkataan yang perlu dikurangkan untuk ditulis.
1. Jangan – bersifat mengajar-ajar. Gantikan dengan tidak.
Contoh:
Salah: Jangan menulis macam idola kesukaan. Nanti nampak kau meniru bulat-bulat.
Betul: Diharapkan kalian tidak menulis sama seperti ikon atau idola yang kalian gemari. Ia boleh jadi sama dan boleh dituduh meniru.
2. Tetapi – membanding-banding. Gantikan dengan namun atau cuma (jika perlu).
Contoh:
Salah: Faiz baik orangnya, tetapi kau tengoklah mulutnya celupar bukan main apabila marah.
Betul: Faiz baik orangnya. (Terus noktah dan tak perlu sambung keburukannya. Cerita kebaikan sahaja).
Atau, Faiz baik orangnya. Cuma beliau sekarang mudah penat, jadi kerap marah-marah.
Mari kita sama-sama cari ilmu untuk kebaikan keluarga kita! Ia bagus dan tentunya menjadikan kita semua terus menyayangi keluarga dengan lebih asas dan pendidikan yang betul.