Content yang menarik minat orang di media sosial ialah yang sentiasa mendidik, memberi ilmu serta ditulis dalam mood berkongsi bukannya mengajar-ajar.
Perkataan yang sering digunakan dan otomatik jadi mengajar-ajar ialah:
1. Jangan.
2. Sebenarnya.
3. Sebetulnya.
4. Tetapi.
Dan ada beberapa lagi.
Perkataan ini biasanya jadi penegasan, memberi arahan, perintah dalam keadaan tak sedar dan ianya menjadikan pengikut serta sesiapa yang nak follow kita akan ragu-ragu serta tidak selesa. Tukar perkataan itu kepada yang lebih lembut dan tenang.
Contoh:
A. Janganlah beri anak bermain duit siling. Nanti tertelan kita juga yang susah.
B. Sekiranya nampak anak kita bermain duit siling, ambil terus dan beritahu dia yang ia boleh jadi bahaya.
2 ayat ini ada perbezaan serius dalam memberitahu info. 1 dalam bentuk arahan, 1 lagi dalam bentuk makluman.
Dan rata-rata ramai akan selesa dengan B.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Nak banyak perkataan, kena banyak juga membaca.
(Visited 689 times, 1 visits today)