Perpindahan Data Besar-Besaran

Bertahun kita guna medan ini dengan percuma. Dari 13hb September 2018, Facebook mempunyai masalah teknikal yang serius.

Dan ada beberapa rantau yang masih terjejas terutama Asia dan Asia Tenggara. Ia adalah kerana akan ada perpindahan besar-besaran data centre ke negara Singapura sekitar 2022 nanti.

Manakala perpindahan data / maklumat pula telah bermula. Dan itu antara penyebab kita semua perlu melihat wall kawan-kawan secara manual walau sudah buat setting see first.

Jika kita nak pindahkan data kita ke satu disk lain, ia akan ambil masa. Bayanglah bagaimana nak pindah data dari akaun yang kita create 10 tahun lalu hingga kini dan ianya berjumlah lebih 200 juta akaun (Sekitar Asean sahaja).

Jadi, kita semua akan berhadapan dengan masalah ini beberapa lama. Tenang sahaja.

Bangunkan content positif, viral tak viral perkara ke-2. Yang penting kita buat kebaikan dan bina komuniti bagus dan elok di wall kita semua.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Digital World Social Media Conference, Europe Session, Amsterdam.

(Visited 579 times, 1 visits today)