Personal Branding Mudah

Personal Branding Mudah di Media Sosial

1. Dalam 4 posting sehari, 3 post kehidupan, 1 post sahaja bisnes.

2. Akaun personal ialah medan kehidupan. Akaun page = bisnes.

3. Kalau ada bisnes kosmetik, tak perlu bersusah payah nak bangunkan semua hal kosmetik. Buat post dalam kehidupan seharian, bagaimana guna, video make up, tips cara pakai dan untuk iklan, fokus sahaja kepada 2 jenis (hard sell dan soft sell).

4. Personal branding di media sosial berbeza dengan orang yang sudah dikenali sebelum ada media sosial dan orang yang baru nak up.
Orang dah dikenali, bolehlah sembang kata kena up pasal bisnes dia hari-hari.
Orang yang baru nak up, ia perlu dapat trust dahulu. Sembang banyak pasal bisnes, orang nak follow pun takut apatah lagi nak beli barang.

5. Personal branding lebih rendah kekuatannya berbanding company branding. Namun 2-2nya boleh naik seiring dengan baik. Orang yang mahu menaikkan diri dalam bidangnya di media sosial, kena sembang juga hal kehidupan, barulah ada kepercayaan tinggi.

Kalau hari-hari tak habis tentang tips, berjual, kempen beriya sana sini, tak mahu ada posting yang mahu buktikan dia wujud seperti manusia biasa, berhati-hatilah.

Orang yang tak mahu reveal kehidupannya, boleh jadi dia itu sendiri adalah palsu. Apatah lagi postingnya.

Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Storyteller, Traveler, Tips Tulis Content dan Memasak.

(Visited 943 times, 1 visits today)