Terkesan juga apabila cikgu saya pesan perkara ini tadi,
Nak berniaga, pastikan ia untuk keperluan pelanggan. Bukan sekadar untuk dapatkan duit semata-mata.
Nak buat kelas, pastikan mengajar, mendidik dan berinteraksi bersama audien dengan baik. Bukan sekadar letak harga, bercakap dan balik bersenang-lenang.
Nak berkongsi ilmu, pastikan perkongsian itu adalah yang memberi impak positif kepada audien, bukan perli, sembang sombong dan menghina orang tak mahu itu ini begitu begini.
Dunia hari ini, founder sibuk nak jual produk kerana nak kaya. Orang berilmu juga sibuk menyediakan kelas namun membiarkan semua pelajarnya terkontang kanting begitu sahaja.
Lalu semua audien dan pelanggan bersedih dan rasa dikhianati lalu kita yang buat bisnes, kelas dan rajin berkongsi ini akan dapatlah banyaknya doa keburukan.
Lalu kita tumbang. Haih.
Nauzubillah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Terima kasih tegur. Huhu.