
Semasa bekerja kilang dulu, Dato Rameli Musa (VC Ingress Corporation Berhad) selalu pesan perkara ini:
1. Jika bisnes kita ditawarkan untuk buat sesuatu perkara, nampak untung, juta, billion, tetap kena siasat. Boleh jadi ia bagus, boleh jadi ia tak bagus untuk syarikat.
Jika bagus, teruskan.
Jika tak bagus, ada keraguan, bimbang tak berkat dan sebagainya (syubahah), maka kita kena berundur. Untung rugi di dunia akan dibawa ke akhirat.
2. Bisnes adalah bantu keperluan orang. Boleh jadi produk atau perkhidmatan yang kita keluarkan, boleh jadi peluang pekerjaan, boleh jadi naikkan ekonomi, boleh jadi semua.
Jadi buat bisnes yang beri manfaat, bukan mudarat. Jika buat produk, sakiti orang, tambah penyakit, kerosakan, maka itu semua akan buat hidup kita tak akan tenang dan entah-entah dalam kubur pun kena seksa apatah lagi di negeri sana nanti.
3. Semua orang nak berjaya, tiada yang mahu gagal. Namun dalam setiap kegagalan, akan ada kejayaan.
Siapa yang boleh hadap semasa kegagalan, peganglah orang tersebut. Boleh jadi dia akan bersama semasa berjaya nanti.
Tak ramai orang boleh sampai ke destinasi yang kita tuju itu bersama. Perjalanan bisnes ini panjang. Boleh jadi dia akan turun awal, boleh jadi dia kena tarik atau kena tolak, boleh jadi dia sendiri akan terjun tak tahan itu ini. Maka, tak perlu kecil hati. Siapa yang kekal, orang itu akan dapat hasilnya.
4. Berhenti berharap kepada manusia. Kita akan banyak kecewa. Kita boleh beri arahan, beri tunjuk ajar, beri segala apa yang dia perlukan. Namun kita kena sedar, kita takkan boleh ubah dia.
Yang boleh ubah adalah diri dia sendiri. Maka di sinilah kekuasaan Allah itu hadir dalam diri kita. Banyakkan berdoa dan berharap Allah itu akan bersama dalam setiap kerja dan usaha kita semua.
5. Nak murah rezeki, kena mulakan dengan diri kita sendiri. Kerja buat habis baik. Lebihkan sampai 120%, 150%, kalau kita tak berkira, Allah lagilah akan beri lebih banyak lagi.
Orang akan cakap, bolehlah suruh staff kerja banyak-banyak, yang kaya saya nanti. Sebenarnya tak. Kita berkongsi kekayaan.
Dulu kita beri gaji RM700, RM800, sekarang kita boleh bayar gaji sampai RM1,500, masuk OT Elaun boleh cecah sampai 4,000-5,000 seorang.
Taarifan kaya ada berbeza mengikut orangnya, usahanya.
*****
Dato Rameli sering menjadi idola ramainya orang. Beliau menerajui Ingress Corporation Berhad dengan lebih 30 tahun pengalaman dalam bisnes, termasuk pernah bersama Tan Sri Shamsuddin (Pengasas Sapura Holdings).
Beliau dikenali sebagai seorang yang islamik, sentiasa membuka surau di semua kilang-kilangnya termasuk di Thailand, Indonesia dan India.
Kini beliau disayangi di KTMB, melakar sejarah anak Melayu yang memegang tampuk bisnes mega dalam negara.
Kita doakan semoga beliau juga dapat membukukan kisahnya.
P/s: Ingress Corporation Berhad memiliki lebih 15 kilang membekal part kenderaan dalam dan luar negara serta juga memiliki lesen pengedar BMW, Mini, Volvo dan Mitsubishi di seluruh negara.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,