Posting Jumaat

Biasanya hari jumaat, saya fokus letak tips, letak posting yang bersifat numbering. Posting begini akan memudahkan orang membaca, rasa relaks dan rasa teruja.

Pagi 1 posting (sekitar 7-11am).
Tengah hari 1 posting hari (12-2pm)
Petang 1 posting (4-6pm)
Malam 1 posting (8-10pm)

Cuma posting numbering itu 1 sahaja dari 4 kali itu.

3 lagi saya buat review, iklan dan juga posting side sahaja.

Untuk posting yang tanpa emosi (atau kurang elemen emosi) kalian boleh gunakan dengan cara bernombor.

***

Contoh posting menggunakan nombor:

Nak Kurus Semulajadi Dalam 10 Minggu.

  1.  Minum air sebanyak 3 liter sehari.
  2. Senaman 30 minit sehari.
  3. Makan dengan portion suku-suku separuh.
  4. Kurangkan minum air manis.
  5. Kurangkan pengambilan nasi.

***

Jika kalian lihat, memang tiada perkataan yang ada dengan emosi seperti gembira, sedih, suka, duka, boring, menyampah, ok, tak ok semua. Ianya direct kepada poin yang kita nak sampaikan.

Posting bernombor seperti ini jika kalian tulis mengikut kemahiran, kepakaran dan pengetahuan kalian, boleh jadi akan jadi ikutan, butang share akan diklik dan menjadi manfaat kepada ramainya orang.

(Visited 1,072 times, 1 visits today)