Pucuk Paku Goreng Bersama Ikan Bilis

Kebetulan tadi abang ada beli pucuk paku. Seikat RM1.50 sahaja. Jadi abang uji isteri abang pandai tak dia leraikan daun pucuk ini dengan baik-baik.

Power juga rupanya. Ingat sayur kampung beliau tak terer. Yelah, orang Bangilah katakan walau lahir di Johor. Kahkahkah.

Bukan itu sahaja, beliau cukup pakar menyediakan pai epal. Boleh kata bab itu abang tak payah nak sediakan, adik beradiknya akan request daripada beliau. Power.

Baik, ini resepi sayur kampung paling power hari ini.

 

Pucuk Paku Goreng Bersama Ikan Bilis.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 2 ikat pucuk paku.

 ~ 1 genggam ikan bilis

 ~ 2 biji bawang merah India

 ~ 3 ulas bawang putih

 ~ 1 biji cili merah

 ~ Secubit garam.

 

Cara-caranya kau tengok gambar ya.

Basuh bersih ikan bilis, bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumbuk sampai lumat. Nak motivasi, kau bayangkan selepas menumbuk ini, kau hilang kalori sebanyak 8,000.

 

Lepas itu kau guna tangan kanan kau, kaut sahaja dari lesung batu itu. Punya heaven perasaan dia tau.

Ha jangan lupa panaskan minyak atas kuali emak kau juga. Yelah, balik kampung takkan nak bawa kuali sendiri, kan?

Kemudian konon-konon lawak sangatlah soalan kau kat komen itu karang, “kuali jiran sebelah rumah tak boleh bang?”

Alahai, klise. Tahap drama pepetang yang merosakkan minda sahajalah. Tak ketawa pun.

 

Ya. Tumis dengan jayanya.

 

Masukkan cili merah yang dihiris macam itu. Masukkan garam terus dan kacau rata.

 

Masukkan pucuk paku yang disiapkan oleh isteri kau yang tercinta. Gaul rata sampai dia lembik dan layu.

 

Tada! Siap. Alhamdulillah. Boleh makan begitu sahaja jika kau sedang berdiet sakan.

Share jika suka.

Khairul Hakimin Muhammad

(Visited 37 times, 1 visits today)