Quote Bukan Content

Ada ramai antara kita menulis status dengan menggunakan quote atau kata-kata hikmah/ mutiara dari sesiapa yang kita suka.

Biasanya kata-kata itu adalah sepadan untuk kita. Namun membawanya ke media sosial, boleh jadi ia berubah kepada perli-perli dan menuju-nuju kepada seseorang yang kita mahu dia baca.

Ia akan terjadi apabila kita tidak jelaskan tentang quote tersebut dan ianya akan tergantung di situ.

Jadi untuk guna quote, ia mesti ada landas cerita, ada kupasannya dan ada kelebihannya yang diceritakan ya. Tak boleh hanya letak seperenggan quote itu begitu sahaja jadi sebuah posting. Ia bukan posting yang bagus.

(Visited 551 times, 1 visits today)