Soalan: Saya suka letak quotes, kata-kata hikmah, kadang saya ambil ayat Quran dan sebagainya. Itu dikira sebagai #content ke tuan?
Jawapan: Ya dan tidak.
Ya sekiranya ia dibantu oleh penerangan ayat, contoh serta visual yang bagus supaya audien faham kata-kata itu adalah sesuatu yang boleh dipelajari.
Tidak sekiranya ia jadi medan tuju-tuju. Ia bersifat “stand alone” tanpa ada penerangan. Contoh, ada kawan berhutang dengan kita, kita pun letak ayat tentang hutang. Tanpa penerangan, tanpa apapun penjelasan. Sedangkan hanya seorang sahaja ada masalah tersebut dengan kita.
Boleh jadi lebih ramai berasa hati dan mula menjauhkan diri.
Penerangan, wajib.
*****
Qoutes, Al-Quran, Hadis Nabi (selawat) merupakan ayat yang sangat berkuasa dalam menaikkan content. Namun ia perlu disokong dengan penerangan yang bagus dan betul.
Supaya ia tidak dimanipulasi dengan emosi negatif kita.
Adalah lebih baik diletakkan di ruangan “story” berbanding membuat posting sekiranya sekadar mahu meletakkan ayat ringkas atau quotes atau ayat Quran.
Story tak kekal. Hanya 24 jam sahaja ia bertahan. Ia lebih kepada apa yang kita sedang berbuat. Bukan content bukan juga story telling. Ok jika diletakkan di sana.
Begitulah.