Remind Pelanggan

Ingat ini,

Setiap produk atau perkhidmatan yang kalian jual atau sediakan, 83% yang berpuas hati terhadap produk atau perkhidmatan itu merasakan ia perlu dihebahkan.

Namun, hanya 29% yang melakukannya.

Jadi, untuk dapatkan peluang 100%, kalian perlu ‘remind’ kesemua pelanggan dengan beberapa cara pemasaran.

1. Iklan.
2. Review.
3. Sponsor (tajaan).

Ambil produk mega seperti Milo sebagai contoh, setiap kali ada produk baru yang diperkenalkan, iklan akan dibuat hampir setiap hari di television.
Di media sosial pula mereka sediakan review lori Milo sedang beraksi di mana-mana sekolah.

Manakala, di akhbar atau billboard mereka menggunakan atlet yang mereka taja untuk menjadi duta.
Pemasaran akan mewujudkan jualan. Dua-dua perlu sama kuat dan berjalan seiringan.

Begitulah.

(Visited 536 times, 1 visits today)