Rendang Ayam Cili Padi

Sebelum balik ke Bangi, masaklah sikit supaya emak tak terkejar di dapur kot-kot ada sesiapa datang nanti.

Sebab dah lama sangat nak makan, saya masak yang ini. Haha, rendang versi cili padi. Sedap weh makan dengan lemang. Hihihi. Walau kepedasannya menusuk kalbu, namun ianya best! Haha. Ok jom.

 

Rendang Ayam Cili Padi.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 2 ekor ayam, potong kecil.

 ~ 1 genggam cili padi.

 ~ 3 biji bawang besar India, hiris.

 ~ 1 senduk bawang besar India kisar.

 ~ 2 senduk cili kering kisar.

 ~ 1/2 senduk halia kisar.

 ~ 1/2 senduk bawang putih kisar.

 ~ 3 inci kunyit hidup, tumbuk lumat.

 ~ 1-2 sudu besar serbuk kunyit.

 ~ 3 keping asam keping.

 ~ 5 kuntum bunga lawang.

 ~ 3 batang kayu manis.

 ~ 2 sudu besar jintan manis.

 ~ 1/2 buku gula kabung atau 1 buku gula Melaka.

 ~ 1kg santan pekat.

 ~ 1 senduk kerisik.

 ~ 2 sudu besar gula pasir.

 ~ 5 batang serai.

 ~ 3 helai daun kunyit.

 ~ Sedikit garam.

Cara-caranya tengok dalam gambar ya

#ResipiKHM

Panaskan minyak di kuali.

 

Kemudian susun barang begini. Ambil gambar.

 

Tumis bawang besar India, kayu manis, jintan dan bunga lawang sampai bawang layu dan keperang-perangan.

 

Masukkan semua bahan kisar termasuk kunyit hidup yang diketuk. Kacau rata dan masak sampai pecah minyak.

 

Dah pecah minyak, masukkan cili padi yang ditumbuk lumat. Kacau lagi sampai pengsan.

 

Masukkan ayam. Gaul rata.

 

Ha begini dia punya rata.

 

Apabila ayam dah mula keluarkan air dan macam nak masak sikit, masukkan santan pekat. Kalau pekat sangat, masuklah dalam 2 cawan air. Kacau rata.

 

Ha begini. Kalau nak lawa kuning dia, masukkan 1-2 sudu besar serbuk kunyit hahaha. Serius menjadi.

 

Masukkan serai yang dipotong seinci-seinci, kemudian ketuk.

 

Apabila dah mendidih, masukkan gula kabong

 

Kemudian masukkan kerisik dan kacau lagi.

 

Dah mendidih beriya, masukkan asam keping dan daun kunyit yang dihiris halus

 

Masukkan gula dan garam terus kacau sampai pekat.

 

Ha dah keluar minyak begini, tinggal nak pekatkan sahaja. Sudah itu, rasa. Kalau tak cukup apa-apa, tambahlah. Tutup api.

 

Siap! Sedia untuk dihidang! Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad

(Visited 573 times, 1 visits today)