Rendang Hitam Pahang / Dendeng Pahang.

Ramai yang tanya bagaimana nak masak rendang dendeng, atau rendang hitam ala Pahang. Aku duk tengok emak buat selalu.

Rendang ini ada rasa manis daging. Malah, ia taklah rasa macam rendang sangat. Nak makan dengan nasi putih panas-panas pun sedap. Hihi. Ya, yang ini tak guna santan okeh.

Nak sediakannya rumit sedikit. Namun, sebab ia sangat sedap, maka no problem kahkah.

Rendang Hitam Pahang / Dendeng Pahang.

Bahan-bahannya ialah:

Bahan hiris halus:

 ~ 10 ulas bawang merah India,

 ~ 3 biji bawang besar India,

 ~ 1 inci halia,

 ~ 3 ulas bawang putih,

 

Bahan kisar halus:

 ~ 2 inci kunyit hidup,

 ~ 3 biji bawang besar India,

 ~ 3 batang serai,

2 inci lengkuas,

 ~ 1 incu halia,

 

Bahan lain:

 ~ 3kg daging,

 ~ 9 sudu besar kicap pekat,

 ~ 9 sudu besar kicap lemak manis,

 ~ 5 sudu besar kerisik,

 ~ 3 batang kayu manis,

 ~ 5 kuntum bunga lawang,

 ~ 1 sudu besar buah pelaga,

 ~ 1/2 buku gula Melaka,

 ~ 3-5 senduk cili kering kisar,

 ~ 2 sudu besar pes asam jawa,

 ~ 2 sudu besar gula pasir,

 ~ 1-2 sudu kecil garam.

 

Cara-caranya kau lihat dalam gambar ya.

#ResipiKhairulHakiminMuhammad

Hiris halus begini semua bahan yang disebutkan di dalam resipi tadi.

 

Kemudian, kisar juga begini bahan yang kena kisar. Aku suka kisar dengan minyak masak. Sebab nak menumis, ia jadi lebih sedap.

 

Empukkan daging. Kalau ada periuk tekanan, senang. Kalau tak ada, rebus pun tak apa. Air rebusan tak payah buang ya. Simpan, sedap buat nasi beriyani hihi. Toskan daging.

 

Oh ya, lupa letak dalam resipi. Gaul daging yang dah diempukkan tadi dengan 5 sudu besar kicap lemak manis. Gaul rata.

 

Kemudian gunakan kuali, letak minyak dan pasangkan api. Goreng daging tadi sampai nampak ia garing.

 

Ha begini. Sedap dah ini meratah. Kahkah.

 

Kemudian, gunakan minyak yang sama, masukkan bahan yang dihiris halus tadi bersama dengan kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sampai naik bau dan semua bawang layu.

 

Sesudah itu, masukkan cili kering kisar dan bahan kisar yang lain. Gaul rata dan tumis sampai pecah minyak.

 

Dah pecah minyak, masukkan gula Melaka. Kalau tak ada, guna gula merah timbang pun okeh sahaja.

 

Masukkan kicap-kicap semua.

 

Masukkan asam jawa yang telah dibancuh dengan 1/2 cawan air.

 

Kasi dia pecah minyak begini ya.

 

Baru masukkan daging. Gaul rata. Lenguh dah weh.

 

Masukkan kerisik, gaul lagi.

 

Sudah nampak berminyak begitu, masukkan garam dan gula. Kemudian rasa.

 

Siap! Selamat mencubaaaaaa!

 

Khairul Hakimin Muhammad.

(Visited 20,866 times, 1 visits today)