Resepi Ayam Butter Paling Agung

Semalam gigih kami rebus ayam dari Glasgow kemudian bawa ke Iceland. Di sini susah nak cari ayam halal. Kahkah. Ayam sembelihlah. Takkan nak bawa yang mentah kan?

Semata nak buat ayam butter, gagahlah kami usahakan. Alhamdulillah menjadi. Syukur!

Cili kering, bawang semua pun kami bawa. Di Iceland ini kami duduk di Cottage, siap ada dapur semua. Senanglah nak masak.

Ok jom, tengok resipi senang Ayam Butter Paling Agung pernah ada di muka bumi. Haha.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 1 ekor ayam,

 ~ 1 buku butter 250gm (salted).

 ~ 1 sudu besar paprika.

 ~ 3 cawan susu segar.

 ~ 2 biji bawang besar Holland.

 ~ 9 biji bawang putih.

 ~ 1/2 biji lada benggala hijau.

 ~ 5 biji cili kering.

 ~ 5 biji cili padi. Kahkah.

 ~ 1/2 biji perahan lemon.

 ~ 3 sudu kecil gula

 ~ 1 sudu kecil rosemarry kering

 ~ 3 sudu besar tepung gandum.

 ~ Sedikit garam.

Step by step tengok di gambar ya! #ResipiKHM

Rendam ayam dalam susu segar + 1/2 biji perahan lemon. Nak kasi ayam moist. Kasi dalam 10-20 minit ja. Lagi lama lagi ok.

 

Kemudian, tabur paprika. Kalau payah dekat Malaysia nak cari, letak jelah serbuk kunyit. Jadi juga. Buh garam sikit.

 

Kemudian, letak 2 sudu besar butter dalam kuali, hidupkan api, goreng ayam tersebut sampai masak. Ketepikan ayam ini dalam bekas lain.

 

Gunakan kuali sama. Letak baki butter tadi.

 

Masukkan bawang besar Holland dan bawang putih yang telah dihiris dan diketuk sesuka hati. Tumis sampai layu di Tasik Madu.

 

Sesudah itu pasanglah flash kerana gambar semua macam nak lempar je telefon ini. Masukkan lada benggala, cili padi, cili kering. Tumis lagi sampai pengsan.

 

Masukkan susu yang jadi rendaman ayam tadi. Masak sampai mendidih.

 

Kemudian, letak dalam 1/2 cawan susu segar dalam besen merah, campur 3 susu besar tepung gandum. Kacau rata.

 

Masukkan susu dan tepung tadi. Kacau sampai dia memekat. Dah pekat, masukkan rosemarry, garam dan gula.

 

Tuang ke dalam bekas ayam. Gaul sebati.

 

Yaaaa! Siap!

 

Tadaaaa!

 

Makan dengan nasi panas-panas dan kalau ada brokoli, rebus! Sedaaaap! Selamat mencuba!

(Visited 327 times, 1 visits today)