Resepi Ayam Masak Hitam Pre Raya

Aha. Asalnya mahu postkan resepi ini malam tadi, biasalah mood merajuk. Haha.

Ini ayam masak hitam. Agak rumit macam sediakan rendang, cuma ia gelap gelita macam suasana sahur kau yang tidak berlampu itu.

Yang sedapnya bila kau buat pedas-pedas. Sebabkan abah abang ini tak berapa boleh makan pedas nanti perutnya sakit, jadi abang kurangkan cili itu. Kau tambahlah ya.

Masakan ini kau boleh makan dengan lemang ketupat bagai. Dengan nasi putih pun sedap woih.

 

Ayam Masak Hitam Pre Raya.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 2 ekor ayam dipotong 16. (Boleh ganti dengan sebarang daging).

 ~ 9 biji cili merah*

 ~ 3 biji cili hijau*

 ~ 10 biji cili padi* nak pedas, tambah lagi

 ~ 3 biji bawang besar India*

 ~ 3 inci kunyit hidup*

 ~ 2 inci halia*

 ~ 1 inci lengkuas*

 ~ 1 biji bawang besar India – hiris

 ~ 1 cawan santan pekat

 ~ 2 sudu besar kerisik

 ~ 2 batang kayu manis

 ~ 1/2 cawan kicap pekat Jalen

 ~ 3 barang serai.

 ~ 5-9 helai daun limau purut

 ~ 1 sudu besar gula

 ~ Garam secukup rasa.

 ~ Air sekiranya terlalu pekat.

 ~ Minyak masak untuk menumis dan 1/2 cawan untuk mengisar.

 

Cara-caranya kau tengok di gambar ya.

Share sahaja. Asal bukan kau copy paste dan ubah apa-apa, haha. #ResipiKhairulHakiminMuhammad

 

Basuh ayam bersih-bersih menggunakan air bersih. Biar suci dan ikhlas seikhlas kau nak memasak.

 

Macam biasa kita kisar semua bahan yang bertanda * dengan 1/2 cawan minyak masak.

 

Ha dah jadi macam ini. Kemain halus. Kalau belum halus kau kisar lagi sampai pengsan.

 

Panaskan minyak di kuali emak kau yang guna masak ikan semalam.

 

Tumis bawang besar yang dihiris tadi sampai dia ala-ala nak jadi bawang goreng. Dah nak perang-perang itu.

 

Bila dah nak gelap gitu, kau masukkan bahan kisar tadi dengan tangan kanan. Tangan kiri kau eloklah cekak pinggang. Baru nampak real kau memasak.

 

Kacau rata dan campakkan kayu manis.

 

Kemudian, bila dah nak pecah minyak, kau masukkan ayam. Bila kau masukkan ayam atau daging, pastikan kau tak tambah air. Ayam dan daging akan keluarkan airnya sendiri dan akan mengecut. Jika kau tambah air, berkurunlah nak kasi pekat dan kering.

 

Ha ini selepas gaul rata.

 

Kau tengok air dia dah keluar. Masa ini kau rajin-rajin kacau ya.

 

Dah pecah minyak, kau masukkan santan dan kacau rata. Biarkan sampai mendidih.

 

Ha, lepas itu kau lontar serai sampai dia tercacak gitu. Kahkahkah. Kau jangan, abang cucuk dia tau. Kau buat betul-betul karang buat malu sahajalah.

 

Masukkan kerisik. Sekarang senang sahaja nak dapat kerisik ini, beli sahaja. Settle. Kalau kau baru nak buat, baik tak payah. Lambat.

 

Tadaaa. Kau tengok dia punya meleleh. Di rumah emak abang, ada kicap ini. Jalen. Masa untuk masukkannya terus habis. Kahkahkah. Sori mak, nanti ganti.

 

Lawa tak? Kacau rata. Kasi dia pekat sikit. Agak lama mungkin dalam 40-45 minit juga nak kasi dia betul-betul pekat atau kering. Ikut kau orang. Kalau nak berkuah pun okeh sahaja. Nak lagi sedap, kau kisar badam, masukkan time ini. Peh. Lagi power. Ha jangan lupa daun limau. Masukkan sekarang juga bersama dengan gula dan garam. Kacau rata.

 

Siap, bolehlah makan dengan nasi panas-panas masa berbuka nanti. Selamat mencuba!

Share sahaja ya!

 

(Visited 4,303 times, 1 visits today)