Resepi Ayam Masak Sos Paling Agong

Kau mesti masih dalam kereta nak balik kampung, kan? Baik. Abang memang memahami kau. Esok kau mesti pening apabila emak mertua kau suruh kau masak.

Nak senang, abang dah sediakan resepi ayam masak sos paling agong pernah abang ada. Kahkahkah. Sebab resepi ini resepi isteri abang. Dia kalau masak, berebut jadinya. Lagi pula jenis yang suka bahagian tulang. Hangin bila depa ambil semua.

Jadi, elok kau masak banyak. Sebab kesedapannya tidak terkata. Kahkah.

Ayam Masak Sos Paling Agong.

Bahan-bahannya ialah:

 – 1 ekor ayam. Potong 16. Atau lebih kecil. 
 – 7 biji cili merah besar (kisar asing)
 – 5 biji bawang besar India (kisar asing)
 – 3 biji bawang putih (kisar asing)
 – 2 biji bawang besar India, hiris.
 – 1 batang serai. 
 – 3 sudu besar serbuk kunyit. 
 – 7 sudu besar sos tomato. 
 – 7 sudu besar sos cili. 
 – 1 sudu besar gula.
 – 1 sudu kecil garam.

Cara-caranya kau tengok di gambarnya ya. Share sahaja jika kau berkenan. #resepiKHM

Basuh ayam bersih-bersih kemudian letak dalam besen ungu. Kalau tak ada, kau bubuh dalam besen merah. Hoh, Ini masih besar potongannya. Kau potong lagi kecil ya.

Gaul dengan serbuk kunyit. Tak payah garam. Masa gaul ini, kau buat-buatlah keluar sekejap dari dapur konon cari anak kau. Nanti mak mertua kau tengok tangan kau berlemoih dengan kuning kunyit dia mesti senyum dan cakap dalam hati, “untung anak aku dapat bini rajin masak.” 
Haaa menjadi! Menjadi!

Maksud kisar asing itu ialah kau kisar asing-asing. Bawang, asing, bawang putih, asing, cili merah, asing. Kisar dengan minyak masak. Baru sedap. 

Oh ya, kau mesti tanya kenapa kali ini kisarnya asing-asing. Okeh, kalau masakan itu bersifat sos, kau asingkan supaya dia tak diganggu dengan bau maung bawang tersebut. Kasi masak dulu bawang baru kau boleh masukkan elemen cili. Faham?

Ayam tadi tu, kau goreng sampai masak. Dah masak, kau letak dalam pinggan. Hati-hati masa kau nak makan sorok-sorok tu. Kang malu mak mertua kau tegur kau makan berdiri, kau pun palinglah dan nyanyi, 

Bukan dia dia dia dia dia
Bukan dia dia dia dia dia

Sambil tunjuk ke laki kau yang makan ayam tu lagi banyak.

Kemudian, dalam kuali lain, kau bubuh sikit minyak masak ayam goreng tadi, buka api.

Kemudian, dalam kuali lain, kau bubuh sikit minyak masak ayam goreng tadi, buka api.

Masukkan bawang besar yang dikisar dan bawang putih juga yang dikisar. Sampai baunya berlegar dalam rumah. Cewah.

Masukkan cili merah yang juga telah dikisar halus.

Bila sudah pecah minyak, kau bubuh garam dan gula. Gula itu fungsinya nak kasi manis, berlemak dan juga nak jadikan kuahnya ada rasa karamel. Barulah menjilat jari.

Lepas itu, kau masukkan sos. Pastikan cili tadi dah pecah minyak dulu tahu. Kacau rata.

Masukkan serai yang telah diketuk.

Kemudian masukkan ayam. Masuk je semua gitu.

Gaul rata ayam itu kemudian tutup api.

Tadaaaa! Sedap woih! Selamat mencuba!

 

(Visited 1,037 times, 1 visits today)