Resepi Biskut Butter Abuain

Saban tahun kawan-kawan tanya resepi maut biskut butter dari abang. Padahal resepi ini memang dah lama abang bubuh kat blog kuahkari.com, kau je malas nak membaca.

Biskut ini biskut paling power abad ini. Bolehlah dapat order dalam 400-500 balang setahun masa nak raya. Tahun ini abang buat sistem no sms no whatsapp. Siapa nak order kena isi borang online. Barulah sistematik.

Senang sangat nak masak biskut ini. Pejam mata pun boleh siap. Eh lupa, dengan izin Allah (tangan nashid).

Tu karang adalah tanya kenapa abang kongsi resepi berniaga ni? Tak takut orang lain tiru ke? Haha kongsi jelah. Abang pun dah ada market sendiri. Bermodalkan kekacakan abang ini, biskut ini alhamdulillah mendapat tempat di hati follower. Cewah. Kau pun, rajin- rajin berkongsi. Biar kaya sama-sama. Tuhan suka. Toksah nak kemut beriya, Tuhan kedekut dengan kau baru kau tahu.

Ha moh kita ke dapur.

Biskut Butter Abuain (yang kacak).

Bahan-bahannya ialah:

– 1 cawan Butter – abang guna jenama Buttercup

– 1 cawan gula halus.

– 2 biji telur Gred A

– 2 cawan setengah tepung gandum – abang guna jenama The Bakers

– 1 sudu kecil serbuk penaik

– 1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat.

– 1 sudu kecil esen vanilla.

 

**guna cawan measurement cup tahu. Bukan cawan minum kat dapur kau. Ada jual cup (cawan) tu kat kedai barangan bakeri.

 

Sebelum mula, panaskan oven dengan suhu 200 selama 15 minit.

 

Cara-cara kau tengok gambar. Siap sedia nak klik butang share. Kau tulis mohon share abang stalat dahi kau.  #ResipiKHM.

 

Gunakan mixer jenama pensonic, kahkahkah RM85 je rasanya. Buh butter, gula halus dan telur siap-siap. Telur tu basuh. Karang bergaduh pulak hal halal haram udah tak siap biskutnya.

 

Pukul dengan speed 1, kemudian masukkan esen vanilla.

 

Dah nampak berkrim disukai ramai, masukkan tepung sikit demi sedikit lama lama jadi biskut.

 

Masukkan serbuk penaik dan serbuk soda bikarbonat. Kahkahkah sudu kecil abang hilang, abang guna pisau baru nampak liar dan angkuh. Pukul terus jangan hentikan mixer tu.

 

Tadaaa. Siap. Adunan ini akan jadi pekat likat dan berkilat. Lawa. Kalau keras semacam tu elok kau cuba baling dinding. Kalau melekat suruh laki kau cuci dengan wajah paling ayu. Kahkahkah.

 

Sudukan guna sudu pink anak kau. Ambil saiz kecil ja kerana ia akan mengembang seganda.

 

Kemudian guna sudu pink lain, tolak elok-elok dan susun dengan jarak 2 jari setiapnya.

 

Macam ini.

 

Guna api atas bawah, suhu 200. Bakar selama 10-11 minit sahaja. Kalau kau guna oven industri, api atas 120, api bawah 150. Kalau guna dapur gas, kau tanya mak kau.

 

Masa bakar 2-3 minit pertama ia akan mengembang lawa cenggini. Kau jangan buka, biar je dan buat dulang lain dan hentikan dari main henpon.

 

Bila dah siap ia akan mengecut balik. Keluarkan dari oven, sejukkan dalam 10 minit ia akan mengeras dan rangup.

 

Siap. Kira 50 keping masukkan dalam balang.

 

Tutup balang dan simpan sampai raya. Boleh tahan sampai 3 bulan woih. Power tak? 

Oh ya, 1 lagi tips nak kasi rangup macam famos amos, kau simpan adunan ini dalam peti ais semalaman. Letak bahagian bawah, bukan sejuk beku. Lagi power kerangupannya!

Selamat mencuba dan berniaga kawan-kawan! 

 

(Visited 2,227 times, 1 visits today)