Resepi Brownies Paling Senang

Ramai sangat PM abang macammana nak masak brownies paling senang. Ok nah ini resipi paling pemalas tapi rasa dia sedap ohsem juga.

Bahan-bahannya ialah:

 –  250gm dark choc – abang guna Berryls
 – 250gm butter – abang guna buttercup
 – 200gm tepung gandum
 – 80gm serbuk koko atau 2 sudu besar + 1 sudu kecil. 
 – 250gm gula halus
 – 4 biji telur gred A
 – 1 sudu kecil esen vanilla
 – 1 sudu kecil serbuk penaik
 – 1/4 cawan walnut dicincang kasar

Cara-cara kau tengok di gambar.  #resepiKHM

Biasanya abang tak buat cenggini. Tapi resipi edisi pemalas ni, pukul gula dengan telur. Humban ja 4-4 telur dengan esen vanilla tu dan pukul sampai kembang. 

Kalau edisi rajin, jangan guna mixer. Lagi lawa dan tekstur dia lebih cantik.

 

Sambil-sambil tu cairkan coklat dengan butter guna double boil atau bain marie. Lagi malas kau guna microwave, kalau laaaagi malas kau jemur kat matahari.

 

Lepas tu campur sekali tepung, serbuk koko dan serbuk penaik, gaul sekali dengan walnut yang dah cincang.

 

Lepas tu coklat cair tadi, masuk sekali ke bekas pukul telur dengan gula tadi. Pukul lagi sampai berkilat macam ni.

 

Lepas tu humban tepung. Masa ni guna spatula untuk kaup. Kena rajin sikit ja.

 

Dah berkilat macam ni, masuk ke dulang. Resipi ni kalau guna dulang 8 x 8 boleh dapat 2 dulang.

 

Bakar 25-30 minit selama 25 minit dengan suhu 180′

Ha siap.

(Visited 672 times, 1 visits today)