Candy kelapa ini kami biasa makan di kampung emak, apabila pulang ke Cha’ah, memang merasalah manisan ini.
Memang ya, manis ya ampun. Makan pun kena sikit-sikit. Kahkah, itu tipu. Mana yang suka, memang mengulanglah makan. Hihi.
Kau boleh sediakan pagi ini, petang nanti dah boleh makan. Lagi sejuk, lagi sedap. Cuma bukan sejuk dalam peti ais okeh. Suhu biasa sahaja. Kerana apabila dah betul-betul sejuk, barulah gulanya akan mengeras dengan elok. Ok jom buat.
Bahan-bahannya ialah:
~ 300gm kelapa parut.
~ 350gm gula pasir, gula halus pun boleh.
~ 200ml susu pekat manis.
~ 1 sudu kecil perasa pandan.
~ Beberapa titik pewarna. Saya guna yang hijau sahaja.
~ 1 sudu besar butter / marjerin.
Cara-caranya kita tengok gambar ya. #ResipiKhairulHakiminMuhammad
Aku geram je semalam, adik aku pergi tuangnya gula dengan kelapa dalam kuali. Terpaksalah aku kaut semua semula.
Mula-mula letak susu pekat manis. Buka api perlahan sahaja ya anak-anak.
Kemudian apabila susu dah berbuih, letak gula. Kau tengoklah dah bercampur dengan kelapa. Punya susah nak asingkan semalam. Kacau sampai gula hancur. Tak boleh berhenti kacau ya.
Ha kacau lagi sampai pengsan.
Sesudah itu, masukkan perasa pandan dan pewarna. Nak letak perasa vanilla boleh, strawberry boleh, pisang boleh. Sedap sahaja semuanya. Kacau lagi tak boleh berhenti ya.
Dah berbuih semuanya baru masuk kelapa.
Kacau rata sampai dia agak kering. Memang penat sikitlah.
Dah mula mengering, masukkan 1 sudu besar butter atau marjerin. Kacau lagi.
Sediakan loyang siap-siap ye anak-anak. Aku hangin betul loyang ini besar sangat adik aku sediakan.
Kau tengok apa jadi. Haish. Kasi dia mampat, sejukkan.
Tak mampat sangat ini. Makan sendiri bolehlah. Nak lagi mampat, kau lapikkan dengan kertas atau plastik apabila dia dah sejuk sikit, kemudian kau tekan-tekan, baru potong dadu.
Siap! Jenis tak sabar time berbuka. Kahkahkah. Selamat mencuba semua!