Ok kau orang dah stanby ke belum nak masak berbuka hari ini? Abang dah siap satu resepi. Senang sahaja, ikan sambal kuning. Sedap dan pedas woih.
Ini pun abang main belasah sahaja ambil ikan dalam peti ais, emak keluar shopping jalan-jalan dengan anak perempuan dia. Jadi abang masaklah untuk mereka. Bila balik nanti dah tak payah nak masak dah.
Okeh Ikan Sambal Kuning.
Bahan-bahannya ialah:
~ 10-15 ekor ikan kembong atau selar atau kerisi. Saiz kecil lagi sedap.
~ 2 sudu besar serbuk kunyit.
~ 5 biji cili merah
~ 3 biji cili hijau + 2 biji lagi untuk campak masa dah siap.
~ 10-15 biji cili padi hijau
~ 2 inci kunyit hidup
~ 1 inci halia
~ 1 buku bawang besar India
~ 1 buku bawang besar Holland
~ 1 sudu besar gula
~ 1 sudu kecil asam jawa
~ 1 sudu kecil garam.
~ Minyak untuk menggoreng dan untuk kisar.
Cara-cara kau tengok gambar ya.
Share sahaja tak perlu minta izin.
Kau lumur semua ikan dengan serbuk kunyit sahaja. Garam tak payah. Lumur guna tangan kau. Atau tangan laki kau.
Lepas itu panaskan minyak dan goreng garing. Macammana nak garing? Kau jangan mengada nak rasa, tak pasal kau popular nanti berbuka di khalayak dapur. Kau tengok dah gelap lawa itu dah ok dah lah.
Ha macam ini.
Lepas itu kau kisar semua bahan dengan 1/4 cawan minyak masak. Semua kecuali ikan. Kau kisar sekali dengan ikan, mesti mak mertua kau hantuk kepala kau kat dinding.
Oh ya, bawang holland, gula, garam dan 2 biji cili hijau juga tak payah kisar.
Panaskan minyak di kuali lain.
Tumis semua bahan tadi.
Dah nampak pecah minyak, masukkan garam dan gula. Kacau rata.
Humban semua ikan. Eloklah kau kira sebelum dan semasa nak goreng. Manalah tahu dah lesap seekor dua. Kahkahkah.
Kacau rata. Biar semua ikan tak sedih dapat portion sikit kuahnya itu.
Masukkan bawang holland dan cili hijau. Kacau rata. Itu sekadar nak kasi manis dan cantik sahaja.
Masa emak kau belum balik, kau guna pinggan beliau yang paling lawa. Sebab kan nak upload kat Facebook. Kahkahkah. Nampak Sedap tak?
Share sahajalah. Tak payah nak mohon mohon! Selamat mencuba!