Resepi Megi Telur

Dah siap baca yasin, kau pun pandang jam. Ah laki kau tak balik lagi. Mesti dah makan dengan kawan-kawan kat luar punya. Kau dahlah lapar.

Jadinya abang nak tunjukkan kau macammana nak masak senang, sihat dan kenyang serta bertenaga. Kahkahkah.

Nama resepi ini ialah Megi Telur. Abang dah berkurun buat benda ini. Sebab itu abang lebih sihat berbanding orang lain. Haha. Kalau kat kilang abang itu, bila bergambar saja, abang tengok dan macam filem The Hobbit dah, semua kecil kemain kecuali abang. Hahaha.

Baiklah. Jom ke dapur.

Megi Telur.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 1 paket megi – buang perisa dia. Atau kau guna mee cintan ka, mee kuning ka, mee apa-apalah.

 ~ 2 biji telur ayam yang telah dibasuh. Nanti haram.

 ~ 1 sudu kecil serbuk lada hitam.

 ~ Kicap manis sebanyak mana kau suka.

 ~ Bawang goreng sebanyak mana kau suka

Cara-cara kau tengok gambar ya.

Share jelah. Tak kuasa abang nak reply satu satu bila kau tulis mohon share.

 

Panaskan air dalam dua biji periuk. Nak senang kau beli periuk yang 8 biji satu set. Murah bebenor kat Kelantan. Ha, satu untuk celur megi satu lagi untuk rebus telur separuh masak.

 

Bapak besarnya periuk. Kahkahkah. Celur mee sampai lembut. Kalau hancur kau buat semula sekarang juga.

 

Periuk satu lagi kau biar dia mendidih dulu baru letakkan telur yang dah dibasuh. Tutup api dan tutup periuk. Tak jumpa penutup, kau guna pinggan jelah selama enam minit. Lebih akan keras, awal akan tak masak.

 

Toskan megi guna penapis yang kau ada.

 

Lepas itu pecahkan telur dalam mangkuk. Kulit dia buang. Kacau rata.

 

Masukkan kicap banyak mana kau suka dengan serbuk lada hitam. Kacau rata.

 

Abang suka gelap macam ini ha. Baru power.

 

Letak megi atas pinggan lawa. Tuang telur dan ambil gambar dulu. Gaul rata.

 

Buh bawang goreng banyak mana kau suka. Ada cili padi lagi bagus untuk laki kau. Biar dia rasa ada bom dalam megi tu. Siapa suruh balik lambat memalam jumaat ni. Gaul rata.

 

Siap. Baca bismillah dulu. Makan depan tv sambil tengok Astro Oasis. Insaf.

 

Selamat mencuba!

E-Book The Content Game 

Khas buat mereka yang ingin bangunkan content di media sosial tak kiralah untuk platform mana pun. Ianya sesuai untuk mereka yang nak bina profile, nak naikkan follower sampai 100,000 orang atau lebih dan senangnya nak buat ayat jualan.

 

E-Book Bagaimana Saya Membina Bank Content 

Tatacara membina bank untuk semua penulisan di media sosial kemudian ianya digunakan untuk membuat posting dengan sangat tersusun. Ia menjadikan diri kita lebih terampil dan semua posting kita jadi semakin menarik dan mendapat perhatian.

 

E-Book 118 Idea Menulis Content

 

* Bagaimana kita menilai 1-1 posting?

* Untuk buat jualan, apakah posting yang sesuai?

* Untuk bina follower, jenis posting apa yang senang untuk diklik butang share?

 

Apa sebenarnya maksud Engagement, Reach dan Algorithm?

 

Semuanya ada ditulis di dalam ebook ini. Lebih dari itu, KHM memberi 118 idea untuk kita semua boleh menulis content dengan mudah sekali. Ia termasuk untuk:

 

Suri rumah, pelajar, traveler, pengusaha restoran, owner butik, bisnes, owner produk, kakitangan kerajaan, mereka yang kerja dengan orang lain, pegawai-pegawai serta sesiapa sahaja boleh gunakan idea-idea ini. 

 

Ia adalah sebuah Sosial Media Marketing menggunakan CONTENT yang tersusun. 

 

Ia termasuk penyediaan ayat yang betul, perkataan yang betul dan bagaimana ia dijadikan sebagai posting untuk menarik minat orang lain membaca, kemudian klik butang share atau terus membeli produk kalian!

 

Ia adalah IDEA menulis CONTENT melalui 3 asas pembahagian NICHE iaitu untuk CROWD, SIDE dan RM.

 

Kesemua IDEA content ini adalah untuk mereka yang ingin mendapatkan kredibiliti di media sosial dan ingin membuat jualan hingga jutaan ringgit! 

 

 

*Jualan awal tahun sah sehingga 31 Januari 2019
(Visited 305 times, 1 visits today)