Baik, hari ini kita mulakan dengan resepi pizza pisang dan kaya. Ala yang kau selalu beli di Domino tu kan. Sedap bebenor.
Kita akan mula buat doh, lepas itu barulah siapkan pizzanya. Kau tak payah nak malas-malas sabtu ini. Dah tengah hari, bangun cepat.
Pizza ini manis. Sesiapa yang tak suka manis, pergi main jauh-jauh. Abang hangin je karang kau komen “manisssnya, potong kaki lerrr”.
Ada satu lagi spesis yang abang perati sekarang ini duk beriya nak berlawak dengan abang, bila abang balas komen terus sentap meniarap bawah katil. Kahkahkah.
Baik, kita masak sekarang. Oh jap, kau share jelah. Tak payah mohon-mohon.
Pizza Banana Kaya Ala Domino.
Bahan-bahan Doh Pizza ialah:
– 3-4 cawan tepung gandum
– 1 paket yis mauripan + 3/4 cawan air suam.
– 1/2 cawan susu segar
– 1/4 cawan butter
– 1 sudu besar gula
– 1 sudu kecil garam
Bahan-bahan Topping Pizza ialah:
– 1 bekas kaya, dapat yang pandan lagi best.
– 2 biji pisang montel
– 1 sudu besar gula
– 1 cawan keju mozarella
– Sedikit gula aising
Cara-cara kau tengok gambar ya. #resepiKHM
Ini yis mauripan, kau pastikan paketnya betul2 padat dan vacuum. Kalau nampak dan kau pegang ia macam longgar-longgar, kau jangan beli. Biasanya yis kalau kena udara memang cepat mati.
Tuang dalam air suam yis tadi dan biarkan selama 20 minit. Tutup cawan karang jatuh pula benda-benda dari siling dapur kau.
Sambil itu kau masukkan tepung dalam bekas, bersama butter, susu, gula dan garam. Gaul rata guna sudu dulu.
Akan jadi macam ini lepas gaul. Pastikan gaul rata, jika yis terkena garam, biasanya akan cepat mati dan roti tidak kembang. Ingat tau.
Lepas itu masukkan air yis tadi. Gaul rata lagi guna sudu.
Aha kau akan dapat doh macam ini. Lebih kurang antara melekit dan tak. Kau dah boleh buang semua cincin dan gelang dari tangan kau, nanti melekat belaka. Kita dah mula nak menguli. Sekiranya terlalu melekit, kau boleh tambah sikit sikit tepung.
Letak 1 sudu besar tepung kat tangan kau. Ha pastikan tangan kau, bukan tangan laki kau. Kemudian uli tepung tersebut 10 minit. Macammana nak uli? Kau bayangkan kau tengah marah laki kau, kau tenyeh muka dia.
Aha bentukkan dia macam ini. Macam bulan. Kau tak payah nak kasi lawa beriya. Tutup kejap dalam 15 minit dengan kain basah.
Doh ini kau boleh juga nak buat pizza biasa. Tak ada masalah.
Tadaaa! Lawa tak dia mengembang macam kau lepas 10 tahun kahwin. Kahkahkah.
Ambil separuh adunan, tepek je kat dulang brownies kau saiz 8 x 8 inci. Kau tengok lekuk jari abang. Kahkahkah kemain besor.
Taburkan gula halus.
Gunakan produk Gardenia. Wakaka. Ini kaya kau tau!
Ini pisang montel. Karang mulala tanya, kalau pisang lain boleeeeh? Suka hati kau lah.
Buh kaya. Bubuh tu lawa-lawa sikit.
Tabur sikit dulu keju mozarella.
Tabur pisang yang telah di potong. Kau jangan letak seketul pisang macam itu. Abang tampar kau.
Tabur lebihan keju mozarella. Bakar dalam ketuhar api atas bawah depan belakang kiri kanan, dengan suhu 180 selama 20 minit.
Dah siap. Eh kejap. Kita kasi lawa.
Buh gula aising dalam tapis paling lawa kau ada.
Lepas itu kau tabur. Haaa dah nampak sama kan macam domino?
Tadaaa! Sedap woih!
Selamat mencuba!
Share jelah.