Resepi Puding Tiga tingkat Buah-Buahan

Tadi dah siap buat sambal, iniha untuk kau minum petang pula. Yelah, kau banyak sangat berhabis dekat MAHA, jadinya duduk rumah sahajalah kan. Anak-anak kau pula sibuk nak makan macam-macam. Hah, ini untuk kau sediakan. 10 minit siap.

Puding Tiga tingkat Buah-Buahan. Atau dalam bahasa orang putihnya Fruity Pudding Triffle kahkahkah.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 1 buku kek coklat roll

 ~ 1 tin laici

 ~ 1 tin buah-buahan campur

 ~ 1 paket agar-agar warna merah / strawberry,

  ~ 5 sudu besar tepung kastad

 ~ 2 cawan susu tepung

 ~ 1 cawan air

Cara-caranya kau tengok di gambarnya ya.

 

Potong kek coklat roll begini. Entah apa namanya pun tak tahu.

 

Kemudian susun di dalam bekas. Jadikan ia sebagai tapak / asas.

 

Kemudian, kau bancur 3 sudu susu tepung dengan 1 cawan air, buat dua cawan. Ok kau tak faham.

3 sudu besar susu tepung + 1 cawan = 1 cawan x 2. Jadinya ada 2 cawan susu lah kan.

Kalau kau nak kau sihat, kau guna susu kambing Wildan. Kahkah. Abang tak main-main. Susunya banyak khasiat dan anak-anak kau memang memerlukannya.

Kalau kau nak guna susu segar pun boleh. Susu pekat manis pun boleh.

 

Salah satu cawan itu kau bancuh dengan tepung kastad.

 

1 cawan lagi kau panaskan dalam periuk.

 

Kemudian kau satukan 2-2 nya dan kacau sampai memekat. Kau mesti tanya tak payah letak gula ke? Tak payah. Manis sangat kang.

 

Dah pekat, kau tutup api.

 

Dan lekas tuang atas kek coklat tadi. Panas tahu, hati-hati.

 

Ratakan sesuka hati kau.

 

Kemudian kau tapis buah-buahan campuran dan buah laici. Airnya kau tak perlu buang. Buh dalam periuk.

 

Panaskan air buah-buahan campuran dan laici tadi dan campur 1 cawan air lagi. Bancuh dengan paket agar-agar instant itu.

 

Buah tadi, kau humban sahaja atas kastad. Nak susun pun boleh. Kahkah.

 

Laici pun sama.

 

Agar-agar dah mendidih, kau kacau rata dan tutupkan api.

 

Tuang dalam bekas tadi. Kemudian sejukkan dalam 20 minit baru masukkan dalam peti ais.

 

Tadaaa! Cantik tak? Makanlah bersama anak-anak kau. Selamat mencuba!

 

 

 

(Visited 526 times, 1 visits today)