Itu hari tengok Puan Zalina Yahaya siapkan Rendang Pegaga ini, ya Allah nampak sedapnya.
Hari ini pergi pasar untuk beli barang persiapan esok nak terbang jauh, nampak pagaga kemain banyak. Terus belilah nak buat. Senang sahaja rupanya dan rasanya benar sedaaaap! Dan seperti biasa nak juga ubah demi kesedapan diri sendiri. Haha ampun puan.
Rendang Pegaga.
2-3 ikat pegaga,
1 genggam ikan bilis,
1 batang serai muda,
1/2kg santan segar,
2 inci kunyit hidup,
20 biji cili padi,
1 sudu besar kerisik.
1 sudu kecil garam.
Cara-caranya tengok dalam gambar ya. #ResipiKHM.
Tumbuk ikan bilis yang dah dibersih sampai lumat.
Kisar kunyit hidup, serai, cili padi guna santan. Haha. Senang!
Panaskan kuali, tuang ja semua bahan kisar tadi.
Masukkan ikan bilis. Oh api kecil sahaja tahu.
Masukkan pegaga yang dah dibersihkan dan buang sikitlah batang yang keras itu.
Kacau rata. Ah dah kenapa senget.
Masukkan kerisik apabila dah mula nak kering. Masukkan juga garam. Kacau lagi sampai ianya semakin kering dan pecah minyak.
Ha begitu. Kacau lagiiii…
Siap! Angkat dan hidangkan dengan nasi panas-panas, ulam dan suka hati kaulaaah. Sedap weiii.