Resepi Roti Stromboli

Jika anak kau jenis suka masakan barat ala pizza namun kau dah bosan ya amat buat benda itu, apa kata kau tukar kepada Roti Stromboli.

Ia diperbuat dari asas roti pizza namun ia macam berinti. Sedap ya amat dan anak kau pasti sukakannya.

Di Amerika, stromboli ini banyak guna elemen sayur. Ah, kita kasi tukarlah.

Ada elemen tomato, ayam (boleh tukar dengan sebarang asas lain), dan elemen-elemen lain seperti oregano.

Nak buat senang sahaja okeh. Jom.

Roti Stromboli.

Bahan-bahan roti.

 – 2 cawan tepung gandum,

 – 1/2 cawan air suam,

 – 1 paket 11gm yis,

 – 1 sudu kecil gula halus,

 – Secubit garam,

 – 2-3 sudu besar minyak masak.

Untuk inti dan cara-caranya, tengok dalam gambar ya. #ResipiKhairulHakiminMuhammad

Ok untuk inti, 2-3 keping dada ayam, direbus.

 – 1 tin kecil tomato puree,

 – 1 biji bawang besar Holland,

 – 1 biji buah tomato,

 – 1 sudu besar oregano kering,

 – 1 sudu besar serbuk kari,

 – Sedikit minyak untuk menumis,

 – Sedikit garam,

* beberapa keping keju cheddar.

* 2-3 sudu besar keju mozarella.

Masukkan yis ke dalam air suam. Kacau dan Biarkan dalam 15 minit.

Kemudian dalam bekas hijau, masukkan tepung gandum, garam dan gula. Kacau okeh. Kena ingat, yis boleh mati jika berjumpa dengan garam. Jadi elok kacau rata dulu.

Masukkan air yis sedikit demi sedikit. Kahkah ada seketul pula keluar. Kacau dengan sudu dulu.

Dah habis air yisnya kau kacau rata lagi guna sudu. Waktu ini masih haram guna tangan.

Sudah elok begitu, gunalah tangan. Letakkan sesudu minyak masak dan uli tepung. Bagaimana nak uli? Belasah sahajalah asal boleh.

Letak lagi minyak sampailah ia tidak melekat dengan bekas.

Ha begini. Kemudian tutup dengan kain putih yang basah (bersih) dan biarkan sampai dia kembang seperti laki kau. Biasanya dalam 20-30 minit dah kembang dah.

Dalam kuali terpandang wajahmu. Haha. Ok serius serius, letak minyak sedikit, pasangkan api.

Campakkan bawang Holland yang dah dipotong suka hati. Tumis sampai naik bau.

Masukkan tomato yang pun dihiris juga.

Masukkan tomato puree, kacau rata dan kecilkan api.

Masukkan serbuk oregano.

Kemudian masukkan serbuk kari.

Sudah semua sebati, masukkan isi ayam yang sudah direbus tadi. Isi sahaja. Tulang kasilah kucing. Hihi

Sudah semua dah masak, tutup apinya dan biarkan sejuk sikit.

Dalam loyang pembakar, letak kertas parchment.

Sapukan sedikit minyak masak.

Aduh. Lupa nak ambil gambar doh dah kembang. Ampun. Ini aku terus letak atas loyang, tebarkan sampai hujung.

Letakkan sos tomato atau sos cili. Ratakan guna tangan anak kau.

Kemudian, intinya tadi letak di bahagian tengah sahaja.

Angkat kertas di dua-dua belah hujung dan satukan roti tersebut macam kau tutup tingkap dekat kampung. Kemudian, kau buka sedikit di bahagian tengahnya.

Letak berapa banyak kepingan keju cheddar yang kau suka. Sekali dengan mozarella jika ada. Fuh.

Tutup balik begitu. Kemudian bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan 10 minit dahulu. Bakar 35 minit dengan suhu 180 darjah.

Sudah bakar, alihkan kertas. Tadaaaa!

Letaklah mayonis dan sos cili lawa sikit. Barulah ambil gambar.

Kasi potong sama dia.

Makan! Selamat mencuba!

(Visited 446 times, 1 visits today)