Resepi Sambal Sardin Kering

Kau dah masak ke belum? Iniha abang ada satu resipi sambal guna sardin. Sedap ya amat. Boleh kau tambah nasi dibuatnya.

Sambal ini sambal kering, kau tahu. Walau guna sardin, kau tak perlu nak guna semua sosnya itu. Rasanya pedas masam-masam. Kahkah. Dapat pula emak kau dah siap buat labu masak lemak. Peh memang kena.

Sambal Sardin Kering.

Bahan-bahannya ialah:

3-4 ekor sardin (1 tin yang besar).

1 genggam cili padi (ikut tahap kepedasan kalian).

1 biji bawang besar India,

1 biji cili merah,

1/2 biji limau nipis,

1 sudu kecil asam jawa,

Sedikit gula dan garam.

 

Cara-caranya kau tengok di gambar, ya. #resepiKHM

Kau tumbuk cili padi dengan bawang. Lawa pula gambar ini. Yelah, Iphone.

 

Ya macam ini sudah ok. Nak lumat lagi pun ok.

 

Panaskan minyak.

 

Tumis.

 

Dah kenapa sudip ini patah. Aduh.

 

Kau asingkan sos sardin, buh dalam mangkuk lain.

 

Masukkan ikannya sahaja.

 

Hancurkan dan kacau rata.

 

Jika terlalu kering, kau tuangkan sedikit demi sedikit sosnya.

 

Sesudah itu, kau Perah limau nipis guna tangan kanan.

 

Buh asam jawa. Kacau rata dengan bergayanya.

 

Buh garam dan gula. Kacau rata tahu.

 

Dia tercabut lagi. Ok buang. Hangin.

 

Dah nampak lawa kemain. Rasa pun dah terbaik, kau campak cili merah yang dah dihiris. Tutup api.

 

Tadaaaaa! Sedap woih! Selamat mencuba!

(Visited 2,207 times, 1 visits today)