Lama sangat dah nak makan, kali terakhir masa ke Bangkok tahun lepas. Ikan siakap ini dimasak dengan butter dan bawang putih yang agak banyak. Namun ianya sedap ya ampun.
Agak kering dan macam tak ada kuah. Sedap kalau makan dengan kerabu yang pedas atau sambal terus. Hihi. Ok jom.
Siakap Butter Garlic. Cewah speaking.
Bahan-bahannya ialah:
– 1 ekor ikan siakap, dipotong terus ke 4-5 bahagian.
– 5 sudu besar butter.
– 10 ulas bawang putih,
– 1/2 inci halia,
– 1 ulas bawang besar (Holland lagi sedap),
– 3 tangkai daun kari,
– 2 tangkai cili kering,
– 1/4 cawan susu segar,
– 1/2 biji perahan lemon,
– 1 sudu besar gula,
– 1 sudu kecil garam.
Cara-caranya kita tengok dekat gambar keh. #ResipiKHM
Basuh bersih ikan, kemudian lumur sikit dengan serbuk kunyit dan garam, kasi goreng macam biasa.
Dah siap goreng, ketepikan okeh. Simpan supaya suami tak makan.
Dalam kuali lain, letak 3 sudu besar butter, kasi dia mencair dengan baik. Api kecil sahaja.
Masukkan bawang putih yang dah dicincang sesuka hati.
Masukkan bawang besar. Sekali tak ada pula bawang Holland. Lantaklah guna bawang India. Boleh jaaa.
Apabila dah nampak keperang-perangan, Masukkan susu segar dan perahan lemon, kacau rata.
Apabila dah semakin perang, tutup api. Dan kisar semuanya sampai halus.
Ha begini.
Dalam kuali yang sama, masukkan lagi 2 sudu butter.
Terus tumis bahan kisar tadi dengan gembira.
Masukkan daun kari dan tangkainya sekali. Bagus woih, ada kalsum. Kalsium, kau google kalau tak percaya. Kalsum salah. Itu orang.
Masukkan cili kering yang digunting menggunakan gunting anak kau. Kacau rata. Masukkan garam dan gula.
Dah sudah semuanya sebati, masukkan ikan. Kacau lagi.
Siaaaap! Tutup api, angkat seketul dan ambillah gambar! Haha sedaaaaap! Selamat mencuba!