Resepi Timun Goreng Taucu

Masa raya korban itu hari, ada satu resepi abang berjaya tengok dari makcik-makcik ini. Bukan main suka mereka ini apabila abang duk ambil gambar satu-satu nak tunjuk kat kau orang.

Kahkah, tak padan ada di Jakarta. Nak juga kongsi resepi. Yelah, sayang kat kau orang puny pasal. Bukan macam kau, esok birthday abang pun kau belum beli hadiah. Huh.

Ha, resepi ini boleh tahan sedapnya. Gambar tersebut, portion untuk kenduri. Yang resepi ini, kau cuba untuk kau makan sekeluarga sahaja. Faham kan betul-betul. Kalau kau tanya juga, jenis pemalas tak mahu baca, eloklah laki kau mengigau dan tertampar muka kau memalam nanti.

Timun Goreng Taucu

Bahan-bahannya ialah:

 – 2 biji timun dipotong memanjang macam kau buat acar rampai.

 – 3 biji bawang besar dihiris

 – 1 inci halia dihiris

 – 5 ulas bawang putih dihiris

 – 3 biji cili hijau

 – 2 paket taucu jenama kau suka.

 – 1/2 mangkuk ikan bilis

Cara-cara kau tengok di gambar ya. #resepiKHM

Gunakan kuali. Letak sudip. Ya baru nampak macam nak masak.

         Masukkan minyak. Untuk tumis je. Kau agak-agaklah. Kalau itu pun nak ditanya, abang sekeh kau dik. Hidupkan api dan semangat.

      Masukkan ikan bilis dengan bawang putih dan halia yang telah dihiris

          Masukkan bawang besar.

          Apabila ikan bilis sudah menguning, kau masukkan taucu. Kacau rata.

      Lepas itu kau masukkan semua timun dan cili hijau. Kacau rata. Masa ini, air timun akan keluar dan akan berkuah sedikit. Jadi kau tak payah nak cuba-cuba tambah air.

Kacau rata dan rasa. Kalau dah ok. Tutup api. Timun tu kau tak payah nak masak sampai dia lembik. Dia punya tahap masak tu apabila ia sudah bergaul sebati dan airnya sudah jadi kuah sahaja. Garam dah tak payah sebab taucu dah masin dah.

Lepas itu kau biar mereka bergosip. Kahkahkah.

Kasi hidang ke orang kampung. Kalau kau, hidang ke laki kau jelah. Sedap woih! Makan dengan nasi putih, telur dadar dan gulai kawah. Peh. 

Selamat mencuba!

(Visited 1,558 times, 1 visits today)