Resepi Vadai

Abang baru siap buat vadai. Nak bawa untuk geng Dubook yang kerja keras dekat #pbakl2016 kejap lagi.

Memang akan ada yang ngences juga nengok vadai ni. Abang pun dah bedal tiga empat biji. Jadi untuk tak beri kau orang bertambah kecewa, ini resipinya.

Resepi Vadai

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 500gm kacang dhal (kadalai paruppu). **rendam 2 jam.

 ~ 3 biji bawang besar india

 ~ 5 biji cili hijau besar

 ~ 3-4 tangkai daun kari

 ~ 1 sudu kecil garam.

Cara-cara kau tengok gambar ya. Kongsilah (share) pada jiran, kawan sekolah, alumni serta geng gosip kau sampai pengsan.

 

Ini bahan-bahannya.

 

Racik cili dengan bawang macam ini. Kau jangan racik daun kari tau.

 

Dah siap rendam, toskan guna penapis paling lawa kau ada.

 

Lepas itu kisar guna pengisar kasar.

 

Halus cengginiha. Ada lah sikit yang masih berketul, tak apa sedap tu.

 

Lepas itu campak semua bahan racik, daun kari dengan garam.

 

Gaul rata.

 

Bulat-bulatkan.

 

Tekan guna dua tapak tangan.

 

Wah lawanya. Kahkahkah.

 

Goreng dalam minyak panas.

 

Siap.

 

Sedap woih. Selamat mencuba!

(Visited 470 times, 1 visits today)