Respect

Ada 10 Perkara Yang Beri Anda Respek Dalam Apa Jua Hal.

1. Tepati masa.

Jumpa kawan, mesyuarat office, apa sahaja yang penting atau tak, jika menjaga masa, kalian akan dapat hormat yang sangat tinggi.

2. Etika.

Waktu berkawan waktu kerja waktu keluarga, ada etika tersendiri. Waktu kerja, onkan etika kerja, offkan hal keluarga. Waktu berkawan, offkan hal kerja.

3. Berusaha.

Bangun, bekerja, fikir, dan push sampai limit. Kalian akan dapat hasil apabila banyak mencuba dengan berbagai cara.

4. Energetic.

Sentiasa bertenaga untuk lakukan kerja. Bukannya lemah, lembik dan tidak ada upaya berbuat sesuatu.

5. Menunjukkan minat dalam banyaknya hal.

Kurang komplen, terus kepada solusi dan berusaha sebaiknya dalam menguruskan sesuatu hal.

6. Menunjukkan body language yang betul.

Terutama apabila melakukan kesilapan dan kesalahan, inilah waktunya respek akan diambil kira dalam sesebuah hubungan kerja atau dalam keluarga.

7. Boleh ditegur.

Orang yang boleh mengambil teguran biasanya orang yang boleh baiki kesilapan dengan baik dan cepat.

8. Boleh diajar.

Orang yang sanggup jadi botol kosong walau sudah ada sijil bagai, kemudian botol itu diisi dengan banyaknya ilmu, pengalaman, sabar serta tenang dalam belajar adalah orang yang akan dapat hormat yang tinggi.

9. Suka dalam keadaan bersedia untuk apa sahaja keadaan.

Tak suka banyak tidur atau banyak berhibur. Hanya dimasukkan % yang kecil untuk berehat, berhibur dan bersosial. Lebih suka siap sedia menambah ilmu dengan banyaknya membaca dan menyertai kelas dan program.

10. Suka buat sesuatu dengan ekstra.

Jika diminta buat 1-1 hal, mereka ini akan kreatif buat dengan jauh lebih baik. Beyond the expectation kata orang putih.

Begitulah.

Zaman ini zaman orang bersembang cakap pumpang-pumpang untuk dapat respect. Namun kawan-kawan, untuk dapat semua itu, mesti selari dengan perbuatan.

Penghormatan akan diberi oleh semua orang apabila kita banyak berbuat dari banyaknya bercakap. Ia semulajadi, bukan dibuat-buat.

Khairul Hakimin Muhammad,
Sedang usahakan.

(Visited 136 times, 1 visits today)