Sebab gaji kita kecil, kita tak percaya ada orang bergaji RM140,000 sebulan. Jika kalian rajin google atau membaca annual report, majalah dan buku, ada ja semua maklumat tersebut. Ini saya beri contoh gaji top man (director) di Malaysia mengikut Majalah Labur:
Pengarah CIMB Group – RM823,750 sebulan.
Pengarah AmBamk – RM284,583 sebulan.
Pengarah Genting Group – RM14,000,000 sebulan.
Pengarah Genting Malaysia – RM6,717,500 sebulan.
Pengarah Hong Leong Bank – RM676,250 sebulan.
Pengarah IHH Healthcare – RM2,814,212 sebulan.
Pengarah IOI – RM1,929,083 sebulan.
Pengarah KLK – RM873,500 sebulan.
Pengarah Maybank – RM842,634 sebulan.
Pengarah Nestle – RM277,332 sebulan.
Pengarah Press Metal – RM190,000 sebulan.
Ini pula posting saya beberapa hari lepas tentang seorang Dato yang gajinya RM140,000 dan separuh dari gajinya itu beliau beri dalam bentuk kebajikan kepada orang lain,
Semoga bermanfaat kawan-kawan. Rezeki Allah tak terbatas. Yang penting ia halal. Banyak-banyak kemudian berkat, lagi seronok!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Kerja yuk!
(Visited 100 times, 1 visits today)