Rezeki Tidak Putus Apabila Kalian Amalkan 5 Perkara Ini

Pagi itu seorang ustaz beritahu ada 5 benda yang kita buat boleh menyebabkan rezeki kita takkan putus-putus. Ada sahaja datang kiri kanan depan belakang.
Yang tak disangka, yang diharap semuanya hadir belaka. Ia adalah:
1. Istighfar sebanyak-banyaknya setiap hari. Orang yang beristighfar adalah orang yang bertaubat, tiada dosa = Allah sayang.
2. Selawat sebanyak-banyaknya setiap hari. Merindui Nabi (selawat) adalah punca kasih sayang Allah kepada kita.
3. Berusaha untuk zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allah hu akhbar pada setiap selepas solat sunat fardu. Mengagung dan memuji Allah adalah perbuatan baik yang sangat dituntut.
4. Solat sunat duha. Berusaha untuk solat sunat ini pada setiap hari setiap pagi. Akan datang ketenangan dalam mencari rezeki.
5. Rajin-rajin berwuduk. Orang yang sentiasa menjaga wuduk, dia dalam keadaan suci. Maka mudahnya rezeki datang mengetuk pintu rumahnya.
***
Ustaz itu beritahu, ini amalan peribadi antara kita dengan Allah. Kena juga tambah amalan kita dengan orang tua, dengan ibu bapa, dengan adik beradik, dengan keluarga semua.
Tak boleh lupa juga bab sedekah, memberi hadiah dan sebagainya.
Nak rezeki, kena ada hubungan baik dengan Allah dan juga hubungan baik dengan sesama makhluk.
Semua itu adalah kunci kepada murahnya rezeki. Termasuk rezeki ketenangan, rezeki sihat dan rezeki harta.
Begitulah. Semoga bermanfaat.
Khairul Hakimin Muhammad,
Rezeki sebarkan tulisan ini.
(Visited 2,120 times, 1 visits today)