Rindu Zaman Dahulu

Rindunya zaman sekolah sampai ke masuk U dulu, bila tanya emak ayah kerja apa? Jawapan yang kita dapat,

1. Emak aku jual nasi lemak, kuih-kuih, ayah aku peneroka.

2. Emak aku jual pekasam weh. Sedapnyaaaa!

3. Emak aku tak kerja, abah aku tukang besi, buat pisau, parang semua. Ada bengkel kecil di rumah.

4. Emak ayah aku penoreh getah. Pagi-pagi dah tak ada di rumah. Aku pergi sekolah semua sendiri-sendiri je. Tapi balik je sekolah mak aku dah sedia nasi lauk sedap-sedap.

5. Emak aku jahit baju. Kau kalau nak hantar ke mak aku, bagi tahu aku. Baju aku ni semua mak aku buat. Ayah aku ada kebun pisang dekat hujung sana.

Dan banyaknya lagi.

Tengok balik wall mereka ini, semuanya jadi orang yang berjaya dalam kerjaya. Jujurnya bukan karier emak ayah yang menentukan kisah anak-anak di masa hadapan.

Namun, ia adalah didikan, asuhan, bagaimana mereka sebagai ibu bapa menjadi role model kepada anak-anak.

Dulu-dulu emak ayah kita sibuk macam mana pun, mereka dapat tengok anak-anak depan mata. Zaman sekarang tak, kita keluar rumah waktu anak tidur, balik rumah anak dah tidur.

Tak dapat tengok dia membesar, tak berjaya nak lihat wajah dan mata dia yang bersinar serta senyum ke kita.

Itulah,

Ibu bapa yang bersusah payah mencari rezeki, bersusah juga mendidik anak-anak, hadiahnya ialah anak-anak yang dapat memberi mereka ceria dan bahagia. Harap-harap kita yang hidup di zaman serba laju ini masih dapat peluang bahagia itu apabila kita dah tua.

Saya duk teringat apa kawan saya cakap semasa di Scotland itu hari,

“Apa yang kita buat kepada anak kita hari ini, itulah yang anak kita akan buat kepada kita apabila kita dah tua nanti.”

Huhuhu. Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Rindu.

(Visited 595 times, 1 visits today)