Roti Pizza Suka Hati Kau

Ok ini last. Untuk anak-anak kau orang yang tak kuasa nak sahur nasi. Eh entah-entah laki kau pun sama.

Ok dah nak maghrib. Jom masak pizza guna roti. Sedap woih.

Roti Pizza Suka Hati Kau.

Bahan-bahannya ialah:

 ~ 5 keping roti yang ada dirumah kau. Kalau tak ada pergi beli sekarang.

 ~ 1/4 cawan pati tomato.

 ~ 2 keping daging beger Khayr.

 ~ 3 keping sosej Khayr.

 ~ 1 cawan mozarella.

Cara-cara kau tengok gambar ya.

 

Roti ni aja ada kat rumah abang. Dietlah katakan. Ambil 5 keping siap sedia pegang sekarang.

 

Lepas itu kau beli daging beger ini dari Puan Syikin Jana. Sedap woih! Macam daging segar!

 

Kau carik-carikkan roti macam dalam gambar dan guna besen pepel.

 

Kemudian kau carikkan daging beger pulak. Gaul rata guna tangan kanan.

 

Lepas tu ambil sejemput mozarella dan gaul lagi. Kau juga boleh tambah macam lada benggala, nanas, buah zaiton bagai. Boleh boleh.

 

Ini pati tomato yang best sekali.

 

Ini sosej Khayr. Kau order dengan Puan Syikin Jana woih!

 

Lepas tu kau guna kertas minyak anak kau. Tuang roti tadi ke loyang. Tepekkan dan tekankan sikit. Kau curah pati tomato lepas tu kau letak sosej. Lepas tu kah letak tomato balik. Kau paham ke tak ni?

 

Tabur belen mozarella sesuka hati kau. Bakar dalam ketuhar selama 25 minit. Lama sikit sebab daging beger belum masak. Suhu 180′.

 

Siap. Bapak sedapnya makan dengan mayonis dan sos cili.

 

Tadaaaa! Buat masa sahur. Memang bertenagalah! Selamat mencuba!

Khairul Hakimin Muhammad.

(Visited 22 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published.