Rutin Pagi Taikun Bisnes

Semasa kami menyertai perkemahan bisnes dalam 6 tahun lalu di sebuah resort, saya perhatikan taikun-taikun yang sudah berjaya ini melakukan beberapa perkara ini pada waktu pagi.
 
1. Berjalan kaki / senaman ringkas.
2. Membaca / mengaji Al-Quran.
3. Menulis nota.
 
Sepanjang 4 hari 3 malam, saya dapat bersembang dengan 2 orang usahawan yang sudah berjaya. Katanya, pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk segala sendi bergerak.

Maka, bersenamlah sedikit. Ia seperti memberi pelincir.
 
Manakala membaca atau mengaji adalah mengasah minda dan otak supaya dihidupkan enjin dan biarkan ia sedikit panas. Supaya semua kerja selepas itu jadi mudah dan tersusun.

Dan menulis nota akan menajamkan otak, memberi cergas dalam menyuarat dan semestinya membantu ingatan menjadi lebih kuat.
 
Begitulah. Orang bisnes, sendi, otak dan tangan kaki semuanya kena bergerak dengan cergas dan cerdas. Semua.
 
Khairul Hakimin Muhammad,
Yeah, kita follow.
(Visited 403 times, 1 visits today)