Sabar Dan Beradab

Kawan-kawan,

Setiap apa yang kalian postkan, ianya hanya mencapai sekitar 3% sahaja dari jumlah kawan dan followers kalian. Sekiranya viral, ia akan pergi ke sekitar 10-12% sahaja. – Statistica.

Oleh itu sekiranya apa yang kalian pernah cakap, tulis dan post di wall kemudian ditanya lagi dan lagi oleh kawan dan followers, kalian berbanyak-banyaklah sabar.

Ulanglah lagi, dan buat posting lagi. Tak perlu marah-marah. Bab beri ilmu ini Allah suka sangat, dan mungkin itulah ujian kita semua pada hari ini.

Sabar kawan-kawan, tak semua ada kefahaman yang mudah seperti kita. Mungkin ada yang tak jumpa post, ada juga yang dah jumpa namun tak faham.

Kawan-kawan,

Hormat itu datang dari mereka yang sabar dan beradab dalam memberi jawapan kepada yang bertanya.

Kita orang bijak, jadi biarlah ia selari dengan apa yang kita sedang miliki.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Saya minta maaf juga kalau sebelum ini ada jawab begitu begini.

(Visited 1,110 times, 1 visits today)