Salam Maulidur Rasul

Dari bangun pagi sampailah ke kita tidur semula, hari ini ramainya orang kongsi cara hidup seperti Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam.
 
Bangun pagi, sapu wajah. Baca doa.
 
Masuk tandas, guna kaki kiri.
Bersugi.
Keluar tandas, guna kaki kanan.
 
Makan dan minum terus berhenti sebelum kenyang.
Sentiasa berwuduk itu lebih baik.
Keluar dari rumah dengan mulakan langkah kanan.
 
Ada doa sana doa sini.
Nak naik kenderaan ada doa,
Nak tinggalkan rumah ada doa.
Nak mulakan kerja ada doa.
Berjumpa sesama muslim ada ucapan doa.
Dapat berita baik, ada ucapan doa.
Dapat berita buruk ada ucapan doa.
 
Ada belaka semua.

Terus amalkan sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam. Kebersihan, kesungguhan dalam beribadah semuanya kita contohi.
 
Perbanyakkan selawat dan semoga kita antara yang mendapat syafaat pada hari kiamat nanti.
 
Salam Maulidur Rasul semua.
 
اللَّهُمَّ صَلِّ مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صليت عَلَى إبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إبْرَاهِيمَ إنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
 
Khairul Hakimin Muhammad,
❤️
(Visited 160 times, 1 visits today)