Pakat ramai yang tanya lepas 2 kali up masakan yang saya sediakan di Iceland dan Osaka lepas, maka saya muat naiklah resipi Salmon Butter Garlic yang agung ini. Kahkah.
Konon nak jadikan sebagai secret resipi, namun berkongsikan lebih baik kheeen. Kongsi resipi sahaja okeh, suami bahaya.
Ok jom.
Salmon Butter Garlic.
Bahan-bahannya ialah:
~ 2-5 keping ikan salmon (boleh je tukar dengan sebarang ikan lain, ayam atau daging saya tak pernah cuba),
~ 1 buku bawang putih,
~ 1 ulas bawang besar Holland,
~ 5 sudu besar butter,
~ 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam,
~ 1/2 biji perahan lemon,
~ 10 batang asparagus, nak guna sayuran lain pun suka hati.
~ Secubit garam.
Cara-caranya tengok dalam gambar okeh.
Basuh bersih ikan salmon, perah terus atasnya, guling-guling, perah lagi.
Kemudian letak serbuk lada hitam dan garam, gulingkan dia, tabur lagi sampai semua rata.
Ambil kuali paling mahal, kemudian hidupkan api, letak butter dan ambillah gambar.
Masukkan bawang besar Holland yang telah dihiris dan bawang putih yang dicincang beriya-iya sampai bergegar pipi.
Tumis sampai ianya berwarna keperang-perangan begini.
Angkat sebahagiannya, yang lain biar je dekat situ, kecilkan api.
Letak ikan salmon sekeping demi sekeping, letak butter sikit demi sedikit takut kering sangat. Palingkan ikan selepas 5 minit.
Ha begini. Yang skin nampk gelap itulah yang sedap woihhhhh. Ulang semua ikan tau sampai siap.
Kemudian masukkan lagi baki butter.
Curah sahaja asparagus, gaul rata dalam 2-3 minit.
Kemudian letak semula bawang yang diangkat tadi. Gaul rata lagi 5 minit. Kemudian, angkat.
Letak ikan dalam loyang pembakar. Tuang semua bawang dan asparagus di atasnya. Kemudian bakar dalam ketuhar selama 10 minit suhu 180 api atas bawah kipas semua pasang jelah tak tahan aku kalau kau tanya. (Panaskan ketuhar dulu dengan suhu 180 darjah selama 20 minit).
Tadaaaa! Dah siap, keluarkan.
Kasi belah sikit, ambil gambar. Ya Allah sedapnya!
Yeaaah! Butter itu jangan kau senduk masuk mulut okeh. Kalori tu. Cewah haha. Selamat mencuba!